Posts

Showing posts from February, 2017

VLI # 2 Carta Ganjaran

Image
Ada setengah golongan kritik yang konsep ganjaran ni tak bagus untuk anak-anak. Katanya, kalau bagi ganjaran atas sebab berkelakuan baik, dapat keputusan periksa yang baik, akan menjadikan kanak-kanak seorang yang "berkira". Kalau nak buat baik, atau nak belajar betul-betul, mesti ada ganjaran baru buat. Kalau tak diberi ganjaran, mereka jadi tak berminat atau tak ikhlas. Ada benarnya dakwaan ni, tapi secara peribadi dan atas pengalaman sendiri, aku percaya yang kesan baik dan buruk konsep carta ganjaran ni berlaku atas cara perlaksanaannya. Kita boleh kawal kesannya dan dapatkan keputusan yang baik. Pertama sekali, nawaitu. Niat dalam melaksanakan Carta Ganjaran. Bukan untuk anak-anak membandingkan diri antara satu sama lain. Tapi sebagai alat untuk mengajar apa yang baik, dan apa yang tidak baik. Bila anak-anak buat sesuatu yang baik, dia mungkin tak tahu yang "itu adalah baik". Tapi kalau dia buat sesuatu yang buruk, selalunya dia akan tahu (sebab mung...

Pelajar tua

Image
Bermulanya semester 2 Master of Educational Psychology . Agak mencabar jugak dengan 2 subjek teras yang memerlukan mentelaah pelbagai ISI dan  Scopus Indexed  Journa l untuk subjek " Educational Psychology " dan " Research in Education ". Subjek yang berat tapi, kena ambil serentak untuk membolehkan mula buat research pada semester depan. Kena korbankan 7 hari cuti kerja tahun ni untuk masuk kelas setiap Jumaat dari jam 3 ptg sampai 9 malam (bertabahlah Azzif!). Azam pada semester ni untuk masuk kelas awal, duduk paling depan sekali dan mula " survey " untuk research supervisor yang sesuai. Semoga berjaya " survive " semester ini degan jayanya. Yahoo ! Lepas ni boleh study sama-sama dengan anak-anak. Kita " conquer " ruang tamu untuk mentelaah dan siapkan " home work ".

Salahguna aplikasi Whatsapp

Image
Aku amat bersetuju dengan artikel "Cikgu bukan bibik " yang diterbitkan akhbar Sinar Harian ni. Rujuk artikel bertarikh 14 Feb 2017 disini -->  Cikgu bukan bibik Sebagai " parent " yang ada 3 orang anak sekolah rendah dan dimasukkan dalam 3 Whatsapp Group kelas anak-anak, aku amat setuju dengan penulis artikel ni. Ada " parent " yang minta cikgu carikan botol air anak, minta cikgu tolong carikan bekas alat tulis, ngadu masalah kewangan, tolong jelaskan kenapa anak tak siapkan " homework ", jelaskan sebab ketidak hadiran anak ke sekolah dan macam-macam lagi. Secara peribadi, aku rasakan perkara-perkara ni amat tak perlu dan yang paling penting; membantutkan peluang anak untuk mendapatkan pengalaman dalam hidup. Sekiranya anak lupa buat " homework "; biarkan dia rasa kesan-akibat perbuatan dia (paling teruk kena marah gitu-gitu saja, cikgu pun dah tak boleh merotan atau ketuk pembaris kat jari pun). Kalau dia te...

Vicarious Learning Idea (VLI)

Image
Siri Vicarious Learning Idea (VLI) ni cuma nak kongsi idea-idea yang boleh dicuba untuk menerapkan pembelajaran secara tak langsung kepada golongan sasar. Konsep utama VLI ialah menyediakan suasana atau alatan yang menyalurkan maklumat, pengalaman, pemerhatian dan/atau pendengaran yang mempunyai nilai pembelajaran TETAPI bukan berbentuk pembelajaran berstruktur atau sistem pembelajaran secara formal. Contohnya; bila kita dengar tentang kisah kejayaan seorang tokoh, kita akan mungkin akan mendapat beberapa " tips " yang boleh digunapakai untuk diri sendiri. VLI #1 Meja Mewarna Idea ni dicetus oleh pensyarah subjek " Lifespan " , Dr. Diana_Lea Baranovich. Konsep idea ni ialah dengan menyediakan satu meja mewarna yang alatan mewarnanya disediakan ditengah-tengah meja. Jadi semua pelajar tadika atau sekolah rendah tak perlu menyediakan alatan mewarna masing-masing. Selain dari mengelakkan kanak-kanak yang kurang kemampuan rasa malu bila kawan-kawan asy...

Kesimpulan dari 6 cara bermain

Image
6 cara bermain utama (menurut teori Parten) ini bermula dengan sifat “self-centered” berkembang kepada kemahiran sosial yang bersifat “people-centered”.  Dari bersifat ringkas ( reflek tanpa kawalan) ke permainan yang lebih komplek. Perubahan-perubahan ini selari dengan pertambahan usia kanak-kanak. Dari penulisan tentang cara bermain, dapat aku simpulkan bahawa bermain adalah penting untuk pembelajaran dan perkembangan minda anak-anak. Bermain membenarkan anak-anak mengunakan imaginasi kreatif, kemahiran psikomotor dan kesedaran emosi. Ia memberikan ruang untuk menjelajah potensi diri dan bereksperimen dengan kesan-akibat dan membentuk keyakinan diri. Ia turut membantu dari segi meningkatkan kemahiran asas sosial seperti bekerja dalam kumpulan, bertoleransi, berkongsi, berunding, meyelesaikan konflik dan pemujukan diri (kawalan emosi). Penguasaan linguistik, penyelesaian masalah, perasaan empati (menyayangi diri, orang lain dan persekitaran) dan mengurangkan  ka...

Variasi dari 6 cara bermain

Image
Variasi ini adalah cambahan dari 6 cara bermain yang dikongsi sebelum ini. Ia bukanlah cara bermain yang baru, cuma lebih kepada cara ia dimainkan (corak permainan). Contohnya;bermain bebas boleh dimainkan secara bermain sendirian, bermain sekutu ataupun bermain bersama/bersaing. Sebenarnya variasi yang wujud adalah lebih dari apa yang ditulis disini. Cuma, pada pandangan peribadi, 5 variasi ini merupakan variasi yang mempunyai kelebihan yang lebih dalam menambah nilai (value adding) terhadap 6 cara bermain yang utama. 7)Bermain Bebas (Free play) [ Video contoh bermain bebas ] Bermain bebas atau bermain tanpa struktur adalah cara bermain tanpa memerlukan sebarang alatan permainan. Segala benda boleh dijadikan mainan. Periuk, buku, bakul baju, grill rumah, semuanya jadi mangsa. Walaupun kadang-kadang "menyusahkan", tapi permainan begini mengalakkan anak untuk menjadi lebih kreatif. Mereka juga kurang bergantung kepada norma biasa dan mula berfikir diluar kotak...

6)Bermain Bersama/Bersaing (cooperative) /competitive play)

Image
Seiring dengan perkembangan minda dan psikososial kanak-kanak, cara bermain pada fasa seterusnya akan menjadi lebih teratur dalam kumpulan, dan elemen kerjasama akan lebih jelas. Mereka berminat kepada 2 aspek permainan, iaitu aktiviti permainan (termasuk alat yg digunakan) dan rakan yang bermain. Permainan lebih teratur dan mempunyai matlamat yang sama. Set peraturan cara bermain turut wujud dan menjadi fokus pada permainan. Cara bermain Bermain Bersama/Bersaing (cooperative) /competitive play) menjadi lebih lazim pada usia 6 tahun dan seterusnya. Kemahiran sosial turut berkembang dengan pembentukan kumpulan, ketua permainan (selalunya kanak-kanak yang lebih dominan), pembahagian tugasan/peranan pada pemain yang lain untuk menyelesaikan tugasan atau mencapai matlamat permainan tersebut. Contohnya; bermain "galah panjang". Rujuk : http://pmainantradisionl.blogspot.my/2007/09/galah-panjang.html Permainan yang perlu dimainkan dalam kumpulan dengan memebentuk...

5)Bermain Sekutu (associative play)

Image
Seawal umur 4 tahun dan seterusnya, cara Bermain Sekutu (associative play) akan mula terbentuk berkembang ke umur seterusnya . Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula bermain dengan kanak-kanak lain. Fokus bermain adalah berinteraksi secara sosial antara satu sama lain tanpa matlamat yang sama (common goal). Alat permainan bukanlah fokus utama, ia hanya "medium" untuk bermain bersama. Mereka lebih berminat bermain sesama mereka. Tiada sebarang cara permainan yang khusus, atau peraturan yang ditetapkan. Pendek kata, asalkan bermain. Walaupun kadangkala nampak masing-masing bermain sendirian (macam Bermain Selari), tapi mereka sebenarnya lebih terlibat (involved) dengan apa yang dimainkan oleh kanak-kanak lain contohnya, 2 orang kanak-kanak bermain basikal roda tiga secara berasingan, tapi masing-masing sedang berinteraksi secara verbal atau pun tidak verbal (mungkin dalam bentuk berlumba sesama sendiri, atau saling ikut jejak laluan yang sama). Pada fasa ini kit...

4)Bermain Selari (parallel play)

Image
Bermain Selari (parallel play) adalah perkembangan penting dalam kemahiran sosial kanak-kanak. Cara bermain selari ini bermula pada umur 3 tahun . Kanak-kanak akan bermain berhampiran atau seiring dengan kanak-kanak lain tetapi tidak/kurang berinteraksi antara satu sama lain. Nampak macam masing-masing dalam dunia sendiri. Masing-masing akan bermain secara sendirian, tapi pilihan permainan hampir sama (contoh; masing-masing bermain anak patung ; atau bermain dengan kereta hot wheels pada masa yang sama). Kalau diperhatikan dengan lebih teliti, terdapat pergerakan atau corak bermain yang sama antara mereka. Ini kerana, di dalam cara bermain selari ini, kanak-kanak akan meniru (mimic) cara kanak-kanak lain bermain. Walaupun nampak mereka tidak bermain sekali, tapi kalau ibu bapa cuba pisahkan tempat bermain, akan berlaku sedikit penentangan (sama ada dari perubahan emosi, riak muka atau bahasa badan). Bermain selari ini ini adalah titik perubahan at...