Posts

Showing posts with the label social learning

Teras Pembangunan

Image
Pada pengamal latihan luar atau pengemar aktiviti lasak mungkin biasa dengan nama Outward Bound School, Lumut atau OBS (Sekolah Latihan Bina Semangat). Sebuah organisasi non-profit yang boleh dikatakan pengasas latihan luar ( outdoor training ) bina diri dengan kaedah ' experiential learning '.  Boleh rujuk pautan https://www.outwardbound.net untuk mengetahui sejarah, falsafah, kaedah, lokasi dan maklumat lain berkaitan organisasi ni.  Entri ni bukan nak ceritakan berkenaan organisasi ni tetapi teras kepada pembangunan yang digunapakai  olehnya yang boleh diaplikasikan dalam mendidik generasi seterusnya. Teras pembangunan yang masih dan amat relevan dengan situasi sekarang. Terutama untuk mengatasi situasi 'penyakit sosial'  masa kini seperti; Penurunan kadar kecergasan kerana kebergantung pada kenderaan dan cara hidup tak aktif; Kurangnya inisiatif untuk mengambil tindakan sendiri (lebih pasif) dan kebergantungan pada bantuan luar; Tidak mahir da...

Aset

Image
Ada 2 calon pekerja datang temuduga. keduanya mempunyai penampilan yang sama. Calon pertama; seorang yang mempunyai CGPA 4.0, sangat berpengetahuan luas (macam ensiklopedia bergerak). Semua soalan berkaitan dengan bidang dijawap penuh yakin. Tiada sebarang 'kecacatan' sepanjang temuduga. Calon kedua; seorang yang dapat keputusan akademik  sederhana, CGPA biasa-biasa saja. Ambil sedikit masa untuk ingatkan teori atau fakta untuk jawab soalan. Tapi tahap keyakinan sama dengan calon sebelumnya. Satu soalan ' standard ' yang ditanya kepada calon-calon ini ialah; berapakah tinggi bangunan 6 tingkat ini  (tempat temuduga berlangsung) dalam meter? Calon pertama menjawab  24 meter dengan yakin. Ini berdasarkan pencarian maklumat sebelum temuduga. (Contoh persediaan sebelum temuduga yang agak ekstrem). Calon kedua menjawab tidak tahu. Tapi meminta masa 30minit untuk dapatkan jawapan. Dia keluar bangunan, ukur bayang-bayang bangunan, kemudian bayan...