4)Bermain Selari (parallel play)


Masing-masing akan bermain secara sendirian, tapi pilihan permainan hampir sama (contoh; masing-masing bermain anak patung ; atau bermain dengan kereta hot wheels pada masa yang sama). Kalau diperhatikan dengan lebih teliti, terdapat pergerakan atau corak bermain yang sama antara mereka. Ini kerana, di dalam cara bermain selari ini, kanak-kanak akan meniru (mimic) cara kanak-kanak lain bermain.
Walaupun nampak mereka tidak bermain sekali, tapi kalau ibu bapa cuba pisahkan tempat bermain, akan berlaku sedikit penentangan (sama ada dari perubahan emosi, riak muka atau bahasa badan).
Bermain selari ini ini adalah titik perubahan atau transisi ke bermain secara sosial dengan kanak-kanak yang lain. Selangkah sebelum masuk ke fasa Bermain Sekutu (associative play). Mereka belajar asas kemahiran sosial seperti bergilir-gilir dalam bermain permainan yang sama, belajar mengalah/beri peluang pada kanak-kanak lain bermain dan lain-lain kemahiran asas sosial yang lain.
Ibu-bapa dapat memaksimakan pembelajaran dengan;
1) Jangan masuk campur! perhatikan sahaja (kecuali keadaan boleh jadi bahaya pada emosi atau fizikal). Berikan ruang yang secukupnya untuk anak memerhati dan bermain selari dengan kanak-kanak sebaya. Jangan paksa anak untuk bermain sekali. Seperti mana orang dewasa yang mempunyai ruang peribadi di kawasan awam (personal space), begitu juga pada kanak-kanak. Mereka akan mengambil masa untuk membiasakan diri sebelum memulakan interaksi sosial dengan kanak-kanak lain.
[nota : setiap kanak-kanak mempunyai jangkamasa berbeza untuk membiasakan diri. Ada yang cepat, dan ada yang lambat]
2) Berikan sokongan moral untuk anak-anak bersosial dengan kanak-kanak lain. Hilangkan halangan seperti masalah bahasa, latarbelakang dan lain-lain. Bermain adalah bahasa universal. Tak memerlukan kemahiran linguistik. Biarkan walaupun nampak macam ayam dan itik bersembang.
4) Penting! jangan bentuk stereotype pada kanak-kanak. Contoh stereotype ialah macam tak bagi anak berkawan dengan kanak-kanak lain dengan mengatakan "budak tu kasar" , atau "dia cakap bahasa lain" ; "budak tu berak tak basuh" dan lain-lain. Ini akan mempengaruhi minda anak untuk menjadi seorang yang memilih bulu dalam bersosial. Ingat! Kanak-kanak seperti span yang menyerap segala maklumat. Jangan cemarkan minda mereka.
[…] Sibuk (preoccupied play) 2)Bermain Sendirian (solitary play) 3)Bermain Tonton (onlooker play) 4)BermainSelari (parallel play) 5)Bermain Sekutu (associative play) 6)Bermain Bersama/Bersaing (cooperative) /competitive play) […]
ReplyDelete