Posts

Showing posts with the label kecekapan

Mentor

Image
Masa mula-mula kerja dulu, ada seorang mentor  yang berkongsi tentang kecekapan ( desired competencies ) yang amat diperlukan untuk menjadi aset pada syarikat dan berjaya dalam dunia korporat.  Cekap mengurus diri ( personal effectiveness ) -sikap,  disiplin diri, menguruskan masa, menetap matlamat dan merancang kerja.  Cekap dengan proses - tidak terikat dengan keadaan atau status quo pada sesuatu masa. Fahami konsep dan aliran proses serta boleh kenalpasti kelemahan dan peluang penambahbaikan proses tersebut.  Cekap dengan orang sekeliling - dapat berkomunikasi dengan baik, bina hubungan dan jaringan kerja ( networking ) dan kecerdasan emosional ( emotional quotient, EQ ).  Cekap dengan nombor atau mahir analisa - dapat menetapkan sasaran, membuat tinjauan, mengawal bajet, statistik. Dapat memberi makna pada sesuatu angka.  Jadi, tidak kira bidang teknikal atau pengkhususan apa sekalipun, tanpa kecekapan diatas, individu terseb...