Celaru
Celaru 1: Ada bos letak sasaran untuk dapat penjimatan maksimum dalam perbelanjaan operasi. Kemudian dia tamatkan khidmat orang-orang lama & mula 'hire' orang baru yang gajinya lebih tinggi. Hasilnya, kos semakin meningkat. Celaru 2: Ada ibu bapa hendakkan anaknya jadi bintang sukan. Tapi sokongan pada minat sukan anak lebih kepada 'lip service' saja. Anak bertanding pun 'outsource' sokongan pada cikgu sekolah. Hasilnya sekadar jaguh kampung. Apa yang dikehendaki sukar dicapai sekiranya tindakan tak selari. Begitu juga sistem pendidikan yang mahu lahirkan insan yang berfikiran kritikal, bukan sekadar penghafal teori & fakta. Tapi, tindakan tidak selari. Contohnya dalam sistem jawapan 'exam' ; Soalan 1. 5+5=? Murid A =10 Murid B =2+2+2+2+2 atau =5x2 atau =4+3+2+1 Soalan 2. Kamu ada 2 Epal dan 1 Limau, kamu ada berapa biji buah Epal & Limau sekarang? Murid A= 3 Murid B=4 (kerana ibu saya bekalkan 1 biji Epal ke seko...