Salahguna aplikasi Whatsapp

Sebagai "parent" yang ada 3 orang anak sekolah rendah dan dimasukkan dalam 3 Whatsapp Group kelas anak-anak, aku amat setuju dengan penulis artikel ni.
Ada "parent" yang minta cikgu carikan botol air anak, minta cikgu tolong carikan bekas alat tulis, ngadu masalah kewangan, tolong jelaskan kenapa anak tak siapkan "homework", jelaskan sebab ketidak hadiran anak ke sekolah dan macam-macam lagi.
Kalau dia terambil buku kawan dia, biar la dia selesaikan sendiri. Tak payah pesan kat cikgu untuk ambilkan dan bagi pada kawan tersebut. Ajar dia untuk bertanggungjawab atas tindakan sendiri.
Anak sulung aku pernah lupa bawak kraftangan (tabung dari botol air), merayu dia minta aku tolong bawakkan ke kelas. Tapi aku berkeras tak mau tolong (atas niat untuk mengajar, bukan malas). Takut punya pasal,boleh pulak dia gunakan kreativiti untuk buat semula dalam masa singkat guna bahan-bahan yang dia jumpa kat sekolah. Ini dikira "survival skill" juga.
Sikap terlalu masuk campur "parent" ni akan menyebabkan kanak-kanak membentuk sikap bergantung pada orang lain untuk selesaikan masalah. Satu kesedaran yang perlu dipupuk adalah kesedaran tentang keupayaan melakukan sesuatu dengan sendiri"ability to do things on their own" sejak kecil lagi.
Kepada cikgu, mungkin boleh guna alternatif selain aplikasi Whatsapp, gunakan aplikasi komunikasi sehala seperti aplikasi Telegram yang boleh di"set" untuk broadcast saja. Cikgu boleh sebarkan maklumat tanpa perlu "chat" dengan ibu bapa .Elakkan ia dari jadi tempat persembangan ibu bapa. Sebaran senarai kerja rumah amat membantu aku memantau kerja rumah yang perlu disiapkan (Oh malangnya anak-anak, nasib baik zaman dulu tak wujud lagi kemudahan macam ni ;p....).
Comments
Post a Comment