6)Bermain Bersama/Bersaing (cooperative) /competitive play)




598555_10202114345153568_157761271_nSeiring dengan perkembangan minda dan psikososial kanak-kanak, cara bermain pada fasa seterusnya akan menjadi lebih teratur dalam kumpulan, dan elemen kerjasama akan lebih jelas. Mereka berminat kepada 2 aspek permainan, iaitu aktiviti permainan (termasuk alat yg digunakan) dan rakan yang bermain. Permainan lebih teratur dan mempunyai matlamat yang sama. Set peraturan cara bermain turut wujud dan menjadi fokus pada permainan.

Cara bermain Bermain Bersama/Bersaing (cooperative) /competitive play) menjadi lebih lazim pada usia 6 tahun dan seterusnya.

Kemahiran sosial turut berkembang dengan pembentukan kumpulan, ketua permainan (selalunya kanak-kanak yang lebih dominan), pembahagian tugasan/peranan pada pemain yang lain untuk menyelesaikan tugasan atau mencapai matlamat permainan tersebut. Contohnya; bermain "galah panjang".
Rujuk : http://pmainantradisionl.blogspot.my/2007/09/galah-panjang.html

Permainan yang perlu dimainkan dalam kumpulan dengan memebentuk pasukan serangan dan bertahan. Kanak-kanak perlu melantik ketua, dan membahagikan tugas sebagai awak-awak (setiap pemain menpunyai tugas tersendiri). Kesemua pemain mempunyai matlamat yang sama, iaitu menang tetapi dengan memenuhi set peraturan yang ditetapkan. Ini secara tak langsung mengajar kemahiran berorganisasi kepada kanak-kanak, sikap bertoleransi, kemahiran bahasa, kesan dan akibat (cause and effect) atas tindakan masing-masing, penyelesaian masalah  dan lain-lain elemen sosial.

Permainan yang menpunyai set peraturan dapat mengajar anak-anak tentang konsep kehidupan yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua. Mereka akan didedahkan kepada kontrak sosial dan peraturan yang berlawan dengan konsep mementingkan diri "self-centered".

Anak-anak juga akan terdedahkan kepada kepelbagaian emosi dan perasaan. Ini akan membantu membentuk empati (memahami dan berkongsi perasaan dengan oarang lain). kanak-kanak yang berempati tinggi, akan lebih belas ihsan dengan sekelilingnya.
Ibu-bapa dapat memaksimakan pembelajaran dengan;

1. Menyediakan aktiviti permainan yang memerlukan kanak-kanak bekerjasama untuk dapatkan hasil yang dapat dinilai. Contohnya; dengan menyuruh anak-anak dan kawan-kawannya membuat "cookies".
Terangkan kelebihan-kelebihan bekerjasama dalam mencapai sesuatu keputusan (gunakan bahasa kanak-kanak, jangan gunakan terma-terma korporat pulak).

2. Galakkan anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan berkumpulan (melalui aktiviti sukan sekolah, pasukan beruniform dan lain-lain). Sentiasa minta anak-anak berfikir secara pasukan, bukan berfikir untuk kepentingan diri.
[ Nota: ketika menulis ini, baru aku sedar yang anak-anak aku kurang melibatkan diri dengan aktiviti sukan sekolah dan pasukan beruniform. Anak sulung aku, Sofiah saja yang ada masuk Persatuan Bulan Sabit Merah, itu pun ahli pasif saja. Kena buat sesuatu ni... .]

3. Secara am, galakkan anak-anak untuk berfikir tentang pasukan dahulu, jadi "people-centered" bukan "self-centered". Contohnya dalam memberikan tugasan harian di rumah (kemas rumah, buang sampah, susun baju di rak, basuh kasut sekolah dan lain-lain), tekankan sikap membantu sesama sendiri, bukan sekadar selesaikan tugasan sendiri.
[Nota: Aku ada perkenalkan sistem ganjaran pada anak-anak dalam hal ni. Di mana markah diberikan  berdasarkan sikap  Iman, Jujur, Belas Ihsan, Adil & Gigih yang ditunjukkan pada ahli keluraga dan juga masyarakat. Akan di kongsi pada posting yang lain. InsyaAllah].

4. Menggunakan taktik-taktik yang boleh menerapkan sikap bekerjasama seperti; menyuruh berkongsi barang, makanan, alat mainan sesama sendiri ketika bermain. Memberikan ganjaran sekiranya mereka bermain dengan baik (contohnya dengan menyediakan minum petang dengan gula-gula)

5. Sekiranya ada yang dibiarkan sendirian ketika bermain (left-out), minta anak-anak untuk pujuk kanak-kanak tersebut untuk menyertai mereka. Ini akan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak untuk menwujudkan rasa empati.

6. Jangan masuk campur sekiranya tak perlu, sekiranya perlu pun hanya sebagai "pendamai" sahaja kalau mereka "bergaduh". Biarkan mereka belajar untuk berkompromi dengan rakan-rakan.

11898730_10207424823129746_5759581927605980478_n
7. Sekiranya permainan melibatkan keputusan "kalah-menang". Ajarkan anak untuk bersaing secara sihat, berusaha bersungguh-sungguh untuk menang tetapi  menerima kekalahan dengan bangga (sekiranya dah berusaha). Kemudian, ajar dia untuk mengenalpasti kelemahan yang perlu diperbaiki.
[ Nota: Jangan ajar anak mengalah sebelum cuba, biarkan mereka cuba. Sekiranya kalah, jangan merendahkan keupayaan anak. Berbual dengannya untuk kenalpasti kelemahan. Bantu dia atasi kelemahan tersebut.]

Comments

  1. […] 1)Bermain Sibuk (preoccupied play) 2)Bermain Sendirian (solitary play) 3)Bermain Tonton (onlooker play) 4)BermainSelari (parallel play) 5)Bermain  Sekutu (associative play) 6)Bermain Bersama/Bersaing (cooperative)  /competitive play) […]

    ReplyDelete

Post a Comment