Posts

Showing posts with the label dunia korporat

Aset

Image
Ada 2 calon pekerja datang temuduga. keduanya mempunyai penampilan yang sama. Calon pertama; seorang yang mempunyai CGPA 4.0, sangat berpengetahuan luas (macam ensiklopedia bergerak). Semua soalan berkaitan dengan bidang dijawap penuh yakin. Tiada sebarang 'kecacatan' sepanjang temuduga. Calon kedua; seorang yang dapat keputusan akademik  sederhana, CGPA biasa-biasa saja. Ambil sedikit masa untuk ingatkan teori atau fakta untuk jawab soalan. Tapi tahap keyakinan sama dengan calon sebelumnya. Satu soalan ' standard ' yang ditanya kepada calon-calon ini ialah; berapakah tinggi bangunan 6 tingkat ini  (tempat temuduga berlangsung) dalam meter? Calon pertama menjawab  24 meter dengan yakin. Ini berdasarkan pencarian maklumat sebelum temuduga. (Contoh persediaan sebelum temuduga yang agak ekstrem). Calon kedua menjawab tidak tahu. Tapi meminta masa 30minit untuk dapatkan jawapan. Dia keluar bangunan, ukur bayang-bayang bangunan, kemudian bayan...

Mentor

Image
Masa mula-mula kerja dulu, ada seorang mentor  yang berkongsi tentang kecekapan ( desired competencies ) yang amat diperlukan untuk menjadi aset pada syarikat dan berjaya dalam dunia korporat.  Cekap mengurus diri ( personal effectiveness ) -sikap,  disiplin diri, menguruskan masa, menetap matlamat dan merancang kerja.  Cekap dengan proses - tidak terikat dengan keadaan atau status quo pada sesuatu masa. Fahami konsep dan aliran proses serta boleh kenalpasti kelemahan dan peluang penambahbaikan proses tersebut.  Cekap dengan orang sekeliling - dapat berkomunikasi dengan baik, bina hubungan dan jaringan kerja ( networking ) dan kecerdasan emosional ( emotional quotient, EQ ).  Cekap dengan nombor atau mahir analisa - dapat menetapkan sasaran, membuat tinjauan, mengawal bajet, statistik. Dapat memberi makna pada sesuatu angka.  Jadi, tidak kira bidang teknikal atau pengkhususan apa sekalipun, tanpa kecekapan diatas, individu terseb...