Posts

Showing posts with the label #vygotsky

VLI#3 Arahan

Image
Dua kanak-kanak yang bersahabat memanjat pokok dan bergayut di salah satu dahannya. Tiba-tiba datang angin kencang bertiup. Ibu kanak-kanak lelaki yang risaukan keselamatan anaknya menjerit "Jangan jatuh!!!" .. Dalam masa yang sama bapa kanak-kanak perempuan turut menjerit "Paut kuat-kuat! " ... Malangnya, kanak-kanak lelaki terjatuh. Tapi kanak-kanak perempuan masih bertahan di atas pokok.   Kenapa? Minda kanak-kanak (2-7 tahun) masih belajar memproses maklumat abstrak. Arahan"Jangan jatuh" menyebabkan kanak-kanak membayangkan dirinya jatuh. Manakala arahan "Paut kuat-kuat" memberikan maklumat jelas tindakan yang perlu dibuat. Aplikasi dalam kehidupan, bila ibu bapa bagi arahan pada anak-anak, jangan cepat menghukum anak "degil", "tak dengar kata", "lain disuruh, lain dibuat" kerana mungkin salah dari cara memberikan arahan. Pecahkan arahan kebentuk yang sesuai dengan pemahaman anak-ana...

Variasi dari 6 cara bermain

Image
Variasi ini adalah cambahan dari 6 cara bermain yang dikongsi sebelum ini. Ia bukanlah cara bermain yang baru, cuma lebih kepada cara ia dimainkan (corak permainan). Contohnya;bermain bebas boleh dimainkan secara bermain sendirian, bermain sekutu ataupun bermain bersama/bersaing. Sebenarnya variasi yang wujud adalah lebih dari apa yang ditulis disini. Cuma, pada pandangan peribadi, 5 variasi ini merupakan variasi yang mempunyai kelebihan yang lebih dalam menambah nilai (value adding) terhadap 6 cara bermain yang utama. 7)Bermain Bebas (Free play) [ Video contoh bermain bebas ] Bermain bebas atau bermain tanpa struktur adalah cara bermain tanpa memerlukan sebarang alatan permainan. Segala benda boleh dijadikan mainan. Periuk, buku, bakul baju, grill rumah, semuanya jadi mangsa. Walaupun kadang-kadang "menyusahkan", tapi permainan begini mengalakkan anak untuk menjadi lebih kreatif. Mereka juga kurang bergantung kepada norma biasa dan mula berfikir diluar kotak...