Hormat
Hormat menghormati, satu perkara yang perlu diajar dan dipupuk sejak kecil. Diperhatikan akhir-akhir ini agak kurang diamalkan, malangnya ramai ingin dihormati, tetapi lupa untuk menghormati. Manusia lebih bersifat egosentrik (semuanya untuk diri sendiri saja). Terlanggar bahu tak reti minta maaf, berat ucap terima kasih atas bantuan, sinis dalam menasihati, beri label negatif pada orang yang tak sehaluan, parking kereta halang laluan, main lepas cakap, buang sampah merata, tuntut hak orang/syarikat tanpa memenuhi pra-syarat, tak adil menilai isu, potong barisan, pijak kawasan tengah dimop makcik cleaner tanpa rasa bersalah, prejudis dan buruk sangka, lelaki tak angkat cover seat tandas duduk masa kencing berdiri (terutama kalau tandas kongsi jantina) , tak flush tandas, panjang lagi senarai ni cuma tak larat nak senaraikan semua..... Ini yang dimaksudkan egosentrik, persoalan " what's in it for me " menjadi persoalan utama. Hak sendiri s...