5)Bermain Sekutu (associative play)


Seawal umur 4 tahun dan seterusnya, cara Bermain Sekutu (associative play) akan mula terbentuk berkembang ke umur seterusnya . Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula bermain dengan kanak-kanak lain. Fokus bermain adalah berinteraksi secara sosial antara satu sama lain tanpa matlamat yang sama (common goal).

20151225_141820Alat permainan bukanlah fokus utama, ia hanya "medium" untuk bermain bersama. Mereka lebih berminat bermain sesama mereka. Tiada sebarang cara permainan yang khusus, atau peraturan yang ditetapkan. Pendek kata, asalkan bermain.

Walaupun kadangkala nampak masing-masing bermain sendirian (macam Bermain Selari), tapi mereka sebenarnya lebih terlibat (involved) dengan apa yang dimainkan oleh kanak-kanak lain contohnya, 2 orang kanak-kanak bermain basikal roda tiga secara berasingan, tapi masing-masing sedang berinteraksi secara verbal atau pun tidak verbal (mungkin dalam bentuk berlumba sesama sendiri, atau saling ikut jejak laluan yang sama). Pada fasa ini kita akan melihat anak-anak saling bertukar mainan, sering berinteraksi sesama sendiri atau bergaul aktif secara fizikal.


Fasa ini adalah AMAT PENTING kerana ia akan membentuk kemahiran sosial yang penting seperti penyelesaian masalah, kerjasama, kemahiran komunikasi (rundingan) dan kemahiran linguistik (berbahasa).

Cara bermain ini akan berterusan sehinggalah peringkat umur seterusnya. Orang dewasa pun sebenarnya pun turut bermain cara ini cuma dengan bentuk yang lebih matang dan untuk menghilangkan tekanan hidup , contohnya bila bermain "fun games" di tepi pantai, ataupun bila bermain-main dengan anak di tempat permainan dan sebagainya.



Ibu-bapa dapat memaksimakan pembelajaran dengan;

1) Membenarkan anak untuk bercampur dengan kanak-kanak lain. Jangan terlampau "melindungi" anak. Biarkan mereka bergaul dengan rakan sebaya.
picture-1
 

2) Sekiranya nampak berlaku "pergaduhan", jangan masuk campur. Biarkan mereka selesaikan masalah tersebut sesama sendiri. Ini adalah asas penyelesaian konflik dan eksplorasi kemahiran komunikasi kanak-kanak
[nota: sekiranya nampak ada kanak-kanak yang bertindak agresif, tegur kanak-kanak tersebut dengan lembut. Jangan "larikan" anak anda dari situasi tegang tersebut. Ajar anak untuk hadapi dan selesaikan konflik tersebut. Perkara yang teruk kita (ibu bapa) selalu buat ialah mengajar anak lari dari masalah secara tak sedar].

3) Sekiranya anak terjatuh atau mengalami kemalangan kecil ketika bermain, jangan terus hulurkan bantuan (rescue). Perhatikan dan nilaikan tahap kecederaan (jangan ambil masa lama pulak untuk menilai). Biar anak-anak bangun sendiri, atau legakan kesakitan dengan sendiri. Kalau ibu bapa membiasakan diri untuk terus membantu (to the rescue), ini akan memberikan persepsi yang setiap kali anak dalam masalah, bantuan akan datang. Ini akan meningkatkan kadar kebergantungan anak pada ibu bapa.

4) Bila anak dah berjaya legakan diri, tanyakan sebab dan akibat boleh berlaku kemalangan tersebut. Ajar anak untuk menganalisa sebab-akibat (cause and effect) dari tindakkannya. Elakkan dari anak menyalahkan faktor luaran seperti tanah tak rata, kawan jahat atau tangan basah. fokus pada apa tindakan dia yang tak betul dan apa yang sepatutnya. Tanamkan sikap proaktif.
"Be Proactive is about taking responsibility for your life. You can't keep blaming everything on your parents or grandparents. Proactive people recognize that they are "response-able." They don't blame genetics, circumstances, conditions, or conditioning for their behavior" . Stephen R Covey, 7 Habits of Highly Effective People.


img-20170202-wa0010img-20161008-wa0009Pengalaman peribadi, Muaz Harris (anak nombor 3) patah tangan 4 bulan lepas sebab jatuh "monkey bar" kat taman.Bila aku tanya sebab apa jatuh, dia kata tangan basah, tiang tinggi dan macam-macam alasan yang menyalahkan faktor luaran. Tapi aku ubah soalan kepada sebab apa panjat "monkey bar" tanpa bagitahu bapak dulu?, baru la cakap sebab nak tunjuk "terer" dan bagi bapak kagum. Aku tak marahkan dia (bukannya tangan tu boleh sambung sendiri kalau marah pun), tapi aku arahkan pemikiran dia kearah sebab dan akibat tindakan ( patah tangan), dan apa yang sepatutnya (lain kali mintak orang dewasa support). Semalam, tanpa disuruh, dia mintak aku support untuk dia cuba "monkey bar".

5) Selain dari meyediakan ruang yang kondusif untuk bermain, sediakan alat permainan yang bersifat menguji minda macam puzzle, stacking block, kad permainan atau lain-lain. Ini akan mewujudkan kepelbagaian keadaan untuk interaksi, pengunaan pelbagai ayat (mengkayakan perbendaharaan kata), penyelesaian masalah dan lain-lain.

Comments

  1. […] Sendirian (solitary play) 3)Bermain Tonton (onlooker play) 4)BermainSelari (parallel play) 5)Bermain  Sekutu (associative play) 6)Bermain Bersama/Bersaing (cooperative)  /competitive play) dan variasi dari 6 cara bermain […]

    ReplyDelete

Post a Comment