Posts

Showing posts with the label lifespan

Bulatan Kehidupan

Image
Penat fikirkan isu-isu semasa? Tertekan dengan masalah? Kecewa dengan sesuatu keputusan? Pening memikirkan tindakan yang sesuai?  Ini semua antara cara kita menghabiskan tenaga secara tak sedar. Juga punca ' stress ' yang kita  tak sedar. Persoalannya berbaloikah kita salurkan tenaga untuk setiap perkara ni? Ini yang nak dibincangkan. Sebelum tu, aku nak kenalkan 3 bulatan dalam hidup; Bulatan Tindakan - sesuatu yang kita sendiri boleh ubah atau ' directly under our control '.  Bulatan Pengaruh - sesuatu yang kita tak boleh ubah secara langsung, tapi kita boleh pengaruhi untuk berubah.  Bulatan Luar Kawalan - sesuatu yang kita tak mampu ubah atau pengaruhi untuk berubah.  Contoh mudah; Anak tak buat kerja sekolah, kita boleh pujuk dengan kata-kata atau insentif,  tutup tv atau komputer sebagai penegahan atau bebelkan (aku serahkan pada bini). Ini dalam Bulatan Tindakan . Sama juga bila staff sendiri tak siapkan kerja.  Bil...

Perkembangan minda anak-anak

Image
Anak-anak perlu digalakkan bermain. Bermain adalah cara utama kanak-kanak belajar untuk perkembangan minda. Play is a serious matter .  Tujuan posting ini adalah untuk merayu ibu bapa untuk mengalakkan anak-anak bermain untuk perkembangan minda. Aku seorang penyokong kanak-kanak bermain di awal usia ( advocate for play in early childhood settings ). Walau bagaimanapun, ibu bapa kena tahu cara bermain bersesuaian dengan umur ( age appropriate )  untuk membantu memaksimakan kesan pembelajaran pada anak-anak kita. Melalui siri "Perkembangan minda anak-anak" ni, aku akan kongsikan serba sikit tentang jenis cara bermain, umur yang sesuai, kepentingannya,   cara ia dimainkan, alat permainan yang sesuai dan peranan ibu bapa untuk memaksimakan pembelajaran. Dengan memerhatikan cara anak bermain, kita dapat mengenalpasti sama ada anak kita melalu fasa pembesaran secara normal atau terkebelakang ( delayed progress ). Kalau yang terbelakang...