Posts

Showing posts with the label Self-managing Leadership

Bulatan Tindakan (Circle of Action)

Image
Lanjutan dari tulisan sebelum ni yang bertajuk  Bulatan Kehidupan , tulisan kali ni bukan nak melobi mana-mana parti politik, cuma nak bagi contoh aplikasi  Bulatan Tindakan (Circle of Action) . Sebagai pengundi atas pagar , aku tak menzahirkan sokongan aku pada mana-mana parti politik. Time mengundi saja aku pi pusat mengundi, pangkah dan balik . Itu saja. Kemudian tunggu je keputusan siapa yang jadi pemerintah dan siapa pembangkang.  Cuma kebelakangan ni aku tertarik dengan kemeriahan kempen-kempen politik untuk PRU14. Sama ada yang pro-parti yang memerintah dan pro-parti yang mahu memerintah. Cukup meriah sekali kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tapi, kemeriahan ini tidak bermakna kalau tak diterjemahan dengan keputusan pilihraya yang akan datang. Secara peribadi, semua aktiviti melobi atau mensabotaj mana-mana parti dan pemimpin politik ni sekadar berada di lingkungan Bulatan Pengaruh (Circle of Influence)  pada kebanyakkan...