Posts

Showing posts with the label Nilai MTB Trails

Nilai, Pusat Sukan Basikal (part 2)

Image
Dalam post sebelum ni aku ada 'mentioned' yang satu laluan boleh disambung terus ke velodrom. Alhamdulillah, sudah ada laluan yang baru diteroka diantara Velodrome Nasional, Nilai dan USIM. Tepat pada laluan yang aku harapkan sebelum ini. Kini laluan tersebut dah ada, dan boleh digunakan untuk ke checkpoint Bukit Generator atau pun ke checkpoint Bukit Lembu. Hujung minggu ni boleh cuba.

Nilai, Pusat Sukan Basikal

Image
Dengan adanya velodrome nasional di Nilai, Negeri Sembilan yang menyediakan platform sukan berbasikal di Malaysia, mungkin tepat kalau diadakan pembangunan menyeluruh sukan berbasikal di Nilai ini sendiri. Trek velodrom  sepanjang 250 meter dan trek BMX yang disediakan, suasana jalan raya sekitar Nilai yang kurang sibuk untuk acara 'roadbike' pasti membantu pembangunan sukan berbasikal. Untuk melengkapkan lagi, acara 'cross country mountain bike' (XC MTB) juga sesuai dibangunkan di sini. Terdapat banyak 'trail' untuk acara XC MTB sedia ada di sini. 'Trail' di sini mempunyai kelebihannya tersendiri kerana ia mempunyai pelbagai jenis permukaan. Ada laluan dengan permukaan batuan bukit, lintasan tengah tasik, laluan kebun getah, kebun sawit, 'single trail'  hutan sekunder, lintasan sungai kecil, dusun, jalan tarmac lama dan jalan kampung. Laluan ini mempunyai 'elevation' yang berbeza dan menjanjikan pemandangan yang menarik. ...