Kesimpulan dari 6 cara bermain



6 cara bermain utama (menurut teori Parten) ini bermula dengan sifat “self-centered” berkembang kepada kemahiran sosial yang bersifat “people-centered”.  Dari bersifat ringkas ( reflek tanpa kawalan) ke permainan yang lebih komplek. Perubahan-perubahan ini selari dengan pertambahan usia kanak-kanak.

Dari penulisan tentang cara bermain, dapat aku simpulkan bahawa bermain adalah penting untuk pembelajaran dan perkembangan minda anak-anak. Bermain membenarkan anak-anak mengunakan imaginasi kreatif, kemahiran psikomotor dan kesedaran emosi. Ia memberikan ruang untuk menjelajah potensi diri dan bereksperimen dengan kesan-akibat dan membentuk keyakinan diri.

Ia turut membantu dari segi meningkatkan kemahiran asas sosial seperti bekerja dalam kumpulan, bertoleransi, berkongsi, berunding, meyelesaikan konflik dan pemujukan diri (kawalan emosi). Penguasaan linguistik, penyelesaian masalah, perasaan empati (menyayangi diri, orang lain dan persekitaran) dan mengurangkan  kadar kebergantungan pada orang atau sesuatu (template) akan turut berkembang.

Malangnya, masa bermain kanak-kanak telah banyak berkurang dengan banyak berbanding zaman ibu bapa mereka membesar. Bukan saja masa bermain disekolah, masa bermain di rumah pun turut berkurang. Penekanan melampau pada kejayaan akademik menyebabkan masa bermain ditukar kepada masa mentelaah dan belajar subjek akademik. Masa bermain dirumah turut terkesan dengan perubahan gaya hidup kini  (terutamanya ibu bapa yang sibuk bekerja). Anak-anak dah tidak dibenarkan bermain diluar tanpa pengawasan (faktor keselamatan; kes penculikan, keadaan trafik dan lain-lain). Tapi, “pengawas”nya pula sibuk dengan urusan kerjaya atau menguruskan kehidupan. Perubahan ini mempunyai kesan pada perkembangan minda anak-anak.

20170209_172516Berdasarkan perhatian aku, kanak-kanak sekarang banyak mengalami masalah tekanan, kebimbangan, dan kemurungan dalam hidup. Kurang minat untuk bersosial (main pun dengan permainan games interaktif, gajet, tablet dan lain-lain).

 Aku bukanlah anti teknologi, permainan permainan games interaktif, gadjet dan tablet dan lain-lain turut ada kebaikannya. Tapi, pada aku, penyalahgunaannya  yang menyebabkan keburukan. contoh penyalahgunaan ialah;
  • Memberikan anak gajet dan tablet sebagai alat untuk mententeramkan mereka (alih perhatian anak untuk ibu bapa melakukan sesuatu).

  • Tidak mengawal selia permainan atau games yang sesuai (ada yang terlalu ganas, atau terlalu dewasa dari usia).

  • Menjadikan gajet dan tablet sebagai alat permainan utama berbanding cara bermain yang lain (selalunya dengan alasan keselamatan anak).

  • Membiarkan interaksi anak dengan gajet dan tablet semata-mata, tiada elemen tunjuk ajar dari ibu bapa.
Kesannya ialah;
  • Lambat menguasi kemahiran linguistik (bahasa). Perbendaharaan kata mereka terkongkong dalam lingkungan gajet dan tablet sahaja.

  • Mudah hilang tumpuan dalam pembelajaran yang berbentuk selain visual (memandang). Pembelajaran yang berlaku dalam bentuk audio (pendengaran), membaca/menulis dan kinestetik (pengalaman, cuba jaya, eksperimen) menjadi kurang berkesan.

  • Masalah obesiti kerana kurang bergerak  dan lemah dalam kemahiran mengurus emosi diri dan orang lain .

  • Lambat menguasai kemahiran pergerakan halus  atau"fine motor skills" contohnya anggota badan seperti tangan dan jari untuk kerja-kerja seni.

  • Ada kajian yang menunjukkan masalah autisma dan sukar fokus juga berpunca dari penggunaan gajet dan tablet secara berlebihan.

  • Kurang bergaul , tidak minat bersosial dan lebih suka berada dalam dunia mereka sendiri. Ini menjadikan mereka tidak peka pada situasi sekeliling dan menghilangkan perasaan empati.

  • Kurang kreatif dan mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap gajet dan tablet untuk menghiburkan diri.
20170130_112355Walau apa pun alasannya, ibu bapa perlu membantu anak-anak mencapai potensi diri yang sebenar. Perlu ada keseimbangan dalam bekerja-belajar (akademik) - belajar (bermain). Lapangkan masa diri dan anak untuk bermain bersama.Galakkan anak untuk bermain secara aktif mengikut tahap yang sesuai, belikan/dapatkan/buatkan alat permainan yang merangsang minda seperti puzzle, building block, playdoh dan lain lain.


Ingat, bermain adalah cara utama anak-anak belajar tentang dirinya dan dunia. Keseimbangan bekerja-belajar (akademik) - belajar (bermain) akan menjadikan anak kita lebih gembira, lebih sihat, lebih senang bergaul, lebih berempati (sensitif dengan persekitaran) dan lebih bersedia untuk meneroka dunia.


Comments