Shadow Play
Anak-anak umur 1 tahun ke 7 tahun suka tiru perbuatan ibu bapa dan orang dewasa lain. Ini adalah normal dan merupakan penanda aras perkembangan kemahiran kognitif dan psikomotor yang sihat. Perbuatan meniru ni juga sebenarnya adalah cara anak-anak bermain dan dipanggil 'shadow play'. Anak-anak belajar kemahiran berbahasa dan bersosial masa dalam 'shadow play' ni. Jangan rasa pelik dan marah pulak bila tengok anak-anak mengajuk perbuatan kita. Satu teori lagi, anak-anak meniru perbuatan ibu atau bapa untuk meraih 'cinta sayang' dari ibu atau bapa . Anak perempuan akan bersaing dengan isteri, dan anak lelaki akan bersaing dengan suami masing-masing. Matematik mudahnya, anak perempuan nak raih 'cinta sayang' bapa, jadi dia akan tiru perbuatan ibu macam bersolek, memasak, jaga 'baby' etc. Anak lelaki pula sebab nak menang 'cinta sayang' ibu dari bapa, akan cuba tiru bapa macam bercukur, baca majalah, cuci kereta, baiki alatan e...