Vicarious Learning Idea (VLI)
Siri Vicarious Learning Idea (VLI) ni cuma nak kongsi idea-idea yang boleh dicuba untuk menerapkan pembelajaran secara tak langsung kepada golongan sasar.
Konsep utama VLI ialah menyediakan suasana atau alatan yang menyalurkan maklumat, pengalaman, pemerhatian dan/atau pendengaran yang mempunyai nilai pembelajaran TETAPI bukan berbentuk pembelajaran berstruktur atau sistem pembelajaran secara formal. Contohnya; bila kita dengar tentang kisah kejayaan seorang tokoh, kita akan mungkin akan mendapat beberapa "tips" yang boleh digunapakai untuk diri sendiri.
VLI #1
Meja Mewarna
Idea ni dicetus oleh pensyarah subjek "Lifespan" , Dr. Diana_Lea Baranovich. Konsep idea ni ialah dengan menyediakan satu meja mewarna yang alatan mewarnanya disediakan ditengah-tengah meja. Jadi semua pelajar tadika atau sekolah rendah tak perlu menyediakan alatan mewarna masing-masing. Selain dari mengelakkan kanak-kanak yang kurang kemampuan rasa malu bila kawan-kawan asyik bandingkan "brand" set mewarna masing-masing.

Mereka kena berkongsi, ambil giliran untuk memilih warna yang diperlukan, berunding untuk dapatkan warna pilihan.
Fokus pada aktiviti ni bukanlah pada teknik melukis mewarna (secara realistiknya; tak semua anak-anak minat jadi artis/pelukis bila besar), tapi pada nilai-nilai sosial yang penting seperti toleransi, berunding sesama sendiri, ambil giliran dan selesaikan konflik (mesti ada anak-anak yang cuba "borong" semua warna ;p).
Tenaga pengajar kena perhatikan sikap-sikap ni, dan "highlight"kan pada anak-anak bila nampak mana-mana sikap yang perlu dipuji & sikap yang perlu dibetulkan.
Comments
Post a Comment