Jelajah Gua


IMG-20170730-WA0069Sejak pulang dari aktiviti jelajah Gua Tempurung hujung minggu yang lalu (Ahad, 30 July 2017), anak-anak mula menunjukkan minat dengan ilmu geologi. Bentuk-bentuk haiwan, manusia dan objek-objek yang yang terbentuk dari formasi batu kapur (stalagmit, stalaktit dan tiang), lukisan 'guano' (larutan tahi dan kencing kelawar) dan batu-batu marmar sememangnya menarik minat dan membuka ruang imaginasi kanak-kanak sepanjang 2.5 jam jelajah gua ini. Ada bentuk kucing, kepala lembu, ayam, rusa, gajah (atau 'mammot' pada pandang Mikhail), lelaki punjabi dewasa, tangan terjulur dari atas atas dinding gua, pancaran kristal di Golden Flowstone, lukisan wanita mencuci rambut, 'Casper the friendly ghost' dan pelbagai bentuk lagi berdasarkan imaginasi kreatif masing-masing (macam Sofiah dan Muaz kata ada bentuk dugong, ikan lumba-lumba, 'Ultraman', burung, bunga dan lain-lain). Tiupan angin di 'Wind Tunnel' sememangnya menyamankan sampai anak-anak 'terpercaya' dengan lawak jurupandu yang dia baru saja pasang penghawa dingin untuk bagi sejuk.

IMG-20170730-WA0037  IMG-20170730-WA0033

Selain memupuk kemahiran imaginasi, jelajah gua ni juga turut menyediakan ruang untuk anak-anak menghargai ilmu sejarah. Jurupandu gigih berkongsi fakta sejarah berkaitan dengan gua seperti kesan tinggalan komunis, gerakan tentera menghapuskan komunis dan peralatan membijih yang ditinggalkan.

Aktiviti fizikal memanjat tangga, menyelusuri , merangkak dan mengelongsor di sungai dalam gua memupuk kesedaran kecergasan fizikal dan minat aktiviti lasak. Anak-anak sememangnya tertunggu-tunggu peluang untuk pasang lampu suluh 'headlamp' masing-masing. Memang meriah bila masing-masing dah dapat 'green light' untuk 'on headlamps'. Aspek keselamatan memang dititikberatkan dengan pemakaian helmet (kalau ada modal lebih, sediakan 'helmet' yang sesuai dengan kanak-kanak sebab yang disediakan oleh penganjur adalah saiz dewasa).

(video credit to Zulmohamed)
Selain dari mengeratkan hubungan kekeluargaan ('bonding time' dengan anak-anak), banyak lagi nilai-nilai pembelajaran yang boleh diterapkan melalui aktiviti jelajah gua ini seperti;
    IMG-20170730-WA0014
  • Tingkatkan daya imaginasi anak-anak. Layankan interpretasi anak-anak untuk galakkan mereka terus berimaginasi.

  • Hargai kebersihan: bawak keluar semua botol air dan plastik makanan yang dibawa masuk.

  • Membenci vandalism: Ada juga yang gatal tangan nak menulis kat dinding gua. Kurang sivik betul.

  • 'Care for others': bantu orang lain untuk lepasi halangan macam tolong suluhkan laluan, bagi kata semangat dan ceriakan suasana.

  • Hargai alam semulajadi: jangan ganggu proses pembentukan stalagmit, stalaktit dan tiang dengan menyentuhnya dengan tangan.

  • dan lain-lain lagi.....


Boleh rujuk laman sesawang Ipoh Tourism untuk maklumat lanjut Gua Tempurung ini →  http://www.ipoh-city.com/attraction/Gua_Tempurung/




Comments

Post a Comment