3)Bermain Tonton (onlooker play)


Berbeza dengan  cara Bermain sendirian (solitary play),  Bermain Tonton (onlooker play) ialah apabila kanak-kanak menonton orang lain bermain tapi tak masuk bermain sekali. Interaksi antara kanak-kanak tersebut dengan orang sekeliling berlaku bila kanak-kanak tersebut ingin mengetahui tentang permainan tersebut. Cara bermain ini mula berkembang di julat umur 2 setengah tahun dan seterusnya (apabila kita menonton perlawanan bola dan menunjukkan minat pada perlawanan tersebut, turut dikira sebagai  Bermain Tonton).

Perkara utama yang membezakan antara  Bermain sendirian dan Bermain Tonton ialah minat yang yang aktif terhadap permainan yang dimainkan oleh orang lain, bukan oleh kanak-kanak tersebut.

20141114_165317 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bermain Tonton ini adalah langkah penting dalam perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak. Ia membuka peluang untuk kanak-kanak untuk belajar dan menyediakan diri (secara mental) untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. Walaupun tidak berinteraksi secara fizikal, tetapi minda dan perasaan kanak-kanak akan terkesan dengan permainan ini. Kita boleh merasai kesan cara bermain tonton ini dengan  memerhatikan riak muka dan bahasa badan kanak-kanak tersebut. Mereka mungkin tersenyum, berlari mengikut posisi bola, menjerit ataupun ketawa seiring dengan perjalanan  permainan.

Mental kanak-kanak itu sedang disediakan untuk mengenali dan mengenalpasti aspek-aspek penting permainan tersebut. Mereka akan mula mengetahui tentang perkataan, emosi dan nilai sosial yang sesuai dengan permainan tersebut . Pemerhatian ini juga boleh ditukarkan kepada taakulan minda tentang sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Ia memberikan kanak-kanak tersebut maklumat kesan dan akibat (cause and effect) dari  sesuatu tindakan.

Ibu bapa mungkin akan berasa sedikit rimas bila melihat kanak-kanak tersebut hanya memerhatikan saja tanpa melibatkan diri. Jangan khuatir, ini adalah sesuatu yang normal. Jangan paksa mereka untuk terus bermain. Apa yang boleh dilakukan oleh Ibu-bapa untuk  memaksimakan pembelajaran dengan;
picture-31) Pupuk minat untuk mereka mencuba sendiri dan bermain dengan kanak-kanak lain.
2) Terangkan aspek permainan tersebut pada anak-anak.
3) Beri  tunjuk ajar dan memberi semangat untuk mereka mencuba untuk berinteraksi secara sosial dengan pemain yang lain. Selami perasaan mereka terhadap permainan tersebut.
4) Bersabar dan berikan masa untuk mereka menonton dan belajar. jangan memaksa mereka untuk terus bermain permainan tersebut.
5) Melakukan simulasi permainan tersebut dengan suasana yang selamat pada emosi anak, contohnya kalau anak berminat dengan permainan bola sepak, ajak anak untuk bermain "passing passing" bola dengan anda dahulu. Sediakan kemahiran asas psikomotor yang diperlukan dalam permainan bola tersebut.




Comments

  1. […] 6 type of play); 1)Bermain Sibuk (preoccupied play) 2)Bermain Sendirian (solitary play) 3)Bermain Tonton (onlooker play) 4)BermainSelari (parallel play) 5)Bermain  Sekutu (associative play) 6)Bermain Bersama/Bersaing […]

    ReplyDelete

Post a Comment