Posts

Bulatan Tindakan (Circle of Action)

Image
Lanjutan dari tulisan sebelum ni yang bertajuk  Bulatan Kehidupan , tulisan kali ni bukan nak melobi mana-mana parti politik, cuma nak bagi contoh aplikasi  Bulatan Tindakan (Circle of Action) . Sebagai pengundi atas pagar , aku tak menzahirkan sokongan aku pada mana-mana parti politik. Time mengundi saja aku pi pusat mengundi, pangkah dan balik . Itu saja. Kemudian tunggu je keputusan siapa yang jadi pemerintah dan siapa pembangkang.  Cuma kebelakangan ni aku tertarik dengan kemeriahan kempen-kempen politik untuk PRU14. Sama ada yang pro-parti yang memerintah dan pro-parti yang mahu memerintah. Cukup meriah sekali kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tapi, kemeriahan ini tidak bermakna kalau tak diterjemahan dengan keputusan pilihraya yang akan datang. Secara peribadi, semua aktiviti melobi atau mensabotaj mana-mana parti dan pemimpin politik ni sekadar berada di lingkungan Bulatan Pengaruh (Circle of Influence)  pada kebanyakkan...

Shadow Play

Image
Anak-anak umur 1 tahun ke 7 tahun suka tiru perbuatan ibu bapa dan orang dewasa lain. Ini adalah normal dan merupakan penanda aras perkembangan kemahiran kognitif dan psikomotor yang sihat. Perbuatan meniru ni juga sebenarnya adalah cara anak-anak bermain dan dipanggil 'shadow play'. Anak-anak belajar kemahiran berbahasa dan bersosial masa dalam 'shadow play' ni.  Jangan rasa pelik dan marah pulak bila tengok anak-anak mengajuk perbuatan kita. Satu teori lagi, anak-anak meniru perbuatan ibu atau bapa untuk meraih 'cinta sayang' dari ibu atau bapa . Anak perempuan akan bersaing dengan isteri, dan anak lelaki akan bersaing dengan suami masing-masing. Matematik mudahnya, anak perempuan nak raih 'cinta sayang' bapa, jadi dia akan tiru perbuatan ibu macam bersolek, memasak, jaga 'baby' etc. Anak lelaki pula sebab nak menang 'cinta sayang' ibu dari bapa, akan cuba tiru bapa macam bercukur, baca majalah, cuci kereta, baiki alatan e...

English oh English

Image
“In schools now, students don’t speak the language for fear of being mocked for trying to be a “Mat Salleh”. The perception is that if you don’t speak Bahasa Melayu, you are not proud of being Malaysian. So they retreat and avoid speaking English.”  Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, The Permaisuri of Johor Source: New Straits Times Press I truly agree with the above statement. When I graduated in 2013, I have difficulties to land a job with multinational organizations . Most of the interviewers gave me the same feedback. They said that I had a good academic result (CGPA 3.6) and had been active in extra-curricular activities to the extent that I had been awarded Vice Chancellor award for being excellent in both areas. However, it's difficult for them to understand my English. They couldn't grasp the point from the ideas or the answer that I have presented to them. Yes, I have to admit that I have poor command in English . In fact, I cannot even form sentences prop...

Nilai, Pusat Sukan Basikal (part 2)

Image
Dalam post sebelum ni aku ada 'mentioned' yang satu laluan boleh disambung terus ke velodrom. Alhamdulillah, sudah ada laluan yang baru diteroka diantara Velodrome Nasional, Nilai dan USIM. Tepat pada laluan yang aku harapkan sebelum ini. Kini laluan tersebut dah ada, dan boleh digunakan untuk ke checkpoint Bukit Generator atau pun ke checkpoint Bukit Lembu. Hujung minggu ni boleh cuba.

Celaru

Image
Celaru 1: Ada bos letak sasaran untuk dapat penjimatan maksimum dalam perbelanjaan operasi. Kemudian dia tamatkan khidmat orang-orang lama & mula 'hire' orang baru yang gajinya lebih tinggi. Hasilnya, kos semakin meningkat.  Celaru 2: Ada ibu bapa hendakkan anaknya jadi bintang sukan. Tapi sokongan pada minat sukan anak lebih kepada 'lip service' saja. Anak bertanding pun 'outsource' sokongan pada cikgu sekolah. Hasilnya sekadar jaguh kampung.  Apa yang dikehendaki sukar dicapai sekiranya tindakan tak selari.  Begitu juga sistem pendidikan yang mahu lahirkan insan yang berfikiran kritikal, bukan sekadar penghafal teori & fakta. Tapi, tindakan tidak selari. Contohnya dalam sistem jawapan 'exam' ; Soalan 1. 5+5=? Murid A =10 Murid B =2+2+2+2+2 atau =5x2 atau =4+3+2+1 Soalan 2. Kamu ada 2 Epal dan 1 Limau, kamu ada berapa biji buah Epal & Limau  sekarang?   Murid A= 3  Murid B=4 (kerana ibu saya bekalkan 1 biji Epal ke seko...

Sains sebalik pantun?

Image
"Pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati". Biasakan dengar pantun klasik ni? Soalannya, kenapa pisang emas? Bukan pisang tanduk, pisang berangan, pisang awak, pisang embun, pisang rastali, pisang abu atau pisang-pisang yang lain? Aku punya pemahaman sebelum ni, orang dulu-dulu gunakan pisang emas dan bukan pisang lain sebab nak bunyi berirama sama dengan ayat pada rangkap seterusnya; hutang emas. Tapi, baru-baru ni, ada seorang Prof .Madya mendakwa yang pemilihan pisang emas tu sebenarnya bersandarkan ilmu sains.  Bukannya kebetulan atau pun untuk bagi bunyi irama yang sama. Dakwanya, digunakan pisang emas kerana ia adalah ubat mabuk laut kalau dimakan terus dengan kulitnya . Sebab itulah,  para pelayar dulu sentiasa membawa pisang emas dalam ekspedisi pelayaran mereka. Betul ke? Harap ada pengkaji sains boleh buktikan dengan dapatan kajian saintifik. Eh, makan sekali dengan k...

Barang terpakai

Image
Syok gak tinjau, jual & beli barang terpakai melalui aplikasi yang ada. Sekarang orang guna istilah 'pre-loved' untuk barang terpakai ni, bunyi lebih komersial. Selain dapat jimatkan ruang simpanan dapat jugak 'convert ke cash' bila dah tak gunakan lagi. Ramai sedia maklum 'website' macam Mudah.my , Carousell & Bicycle Buy&Sell yang sediakan khidmat untuk iklankan barang-barang terpakai ni secara percuma. Aku pun gemar untuk guna 3 'website', dan 2 darinya (Mudah & Carousell) turut sediakan aplikasi telefon pintar. Aku punya aplikasi 'favorite' adalah Carousell. Bila kita nak tinjau atau 'browse' barang, kita boleh tinjau berdasarkan lokasi sekarang (current location). Juga boleh ditetapkan dalam lingkungan 1km dari kedudukan kita berada. Kadang-kadang bila keluar jalan-jalan, sesaja je 'browse' kut-kut jumpa barang terpakai yang berkaitan. Selain tu, boleh buat tawaran dan 'chat' denga...