Celaru



Celaru 1: Ada bos letak sasaran untuk dapat penjimatan maksimum dalam perbelanjaan operasi. Kemudian dia tamatkan khidmat orang-orang lama & mula 'hire' orang baru yang gajinya lebih tinggi. Hasilnya, kos semakin meningkat. 

Celaru 2: Ada ibu bapa hendakkan anaknya jadi bintang sukan. Tapi sokongan pada minat sukan anak lebih kepada 'lip service' saja. Anak bertanding pun 'outsource' sokongan pada cikgu sekolah. Hasilnya sekadar jaguh kampung. 

Apa yang dikehendaki sukar dicapai sekiranya tindakan tak selari. 

Begitu juga sistem pendidikan yang mahu lahirkan insan yang berfikiran kritikal, bukan sekadar penghafal teori & fakta. Tapi, tindakan tidak selari. Contohnya dalam sistem jawapan 'exam' ;


Soalan 1. 5+5=?
Murid A =10
Murid B =2+2+2+2+2 atau =5x2 atau =4+3+2+1

Soalan 2. Kamu ada 2 Epal dan 1 Limau, kamu ada berapa biji buah Epal & Limau  sekarang? 
Murid A= 3 
Murid B=4 (kerana ibu saya bekalkan 1 biji Epal ke sekolah hari ini). 

Soalan 3. Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar.
IMG-20171007-WA0005.jpg
Murid A =bagai pinang dibelah dua
Murid B= Telur di hujung tanduk atau mati rusa kerana tanduknya  (ayahku sembunyi-sembunyi kawin lagi, tunggu la emak  dapat tau)

Soalan 4. Semua manusia mati pada hari kiamat; A.Betul B.Salah
Murid A jawab A
Murid B jawab B (sebab berdasarkan pemerhatian dia, setiap hari orang mati dan masih belum kiamat. Jadi tak semua manusia mati pada hari kiamat, hari lain pun boleh mati). 

Berdasarkan 4 jawapan diatas, murid A akan dapat markah penuh. Fakta yang tepat. 

Murid B akan dapat markah 0 (mungkin siap dengan nota "Sila jumpa guru besar!"). Tapi elemen pemikiran kritikal jelas pada murid B.

20171007_181516.jpg
 'Instead of' tolong pasangkan bateri remote, aku ajarkan
cara kenali cas +ve & -ve bateri untuk
 Mikhail pasang sendiri bateri
Cuma sistem pemarkahan hanya 'recognize' jawapan tepat berdasarkan fakta. Tiada skema pemarkahan untuk jawapan dari pemikiran kritikal. Jadi, adakah tindakan ini selari dengan niat untuk lahirkan murid berfikiran kritikal? Atau kita sekadar mahu fikiran kritikal diamalkan semasa kelasnya saja? Atau KBAT hanya dalam masa tertentu sahaja? 

Tindakan ini tidak selari seperti mana kita mahukan murid belajar bahasa Inggeris  hanya sewaktu kelasnya  sahaja tetapi harapkan graduan yang fasih berbahasa Inggeris di pasaran kerja. 

Doa aku, semoga anak-anak bapak membesar dan menjadi individu yang berfikiran kritikal. Aamiiiiiin! 




Comments

  1. Islam prohibits its followers from blind following which means that Muslim need to learn from the correct source and questions any believe that is not incongruent with it. Which I believe that is also a critical thinking.

    ReplyDelete
  2. Idealis.. beyond we will born more person or group of personal that think in multidirection in oder to become pure muslim that will be profit to humenkind & all around us..

    ReplyDelete

Post a Comment