Barang terpakai
Syok gak tinjau, jual & beli barang terpakai melalui aplikasi yang ada. Sekarang orang guna istilah 'pre-loved' untuk barang terpakai ni, bunyi lebih komersial. Selain dapat jimatkan ruang simpanan dapat jugak 'convert ke cash' bila dah tak gunakan lagi.
Ramai sedia maklum 'website' macam Mudah.my, Carousell & Bicycle Buy&Sell yang sediakan khidmat untuk iklankan barang-barang terpakai ni secara percuma. Aku pun gemar untuk guna 3 'website', dan 2 darinya (Mudah & Carousell) turut sediakan aplikasi telefon pintar.

Aku punya aplikasi 'favorite' adalah Carousell. Bila kita nak tinjau atau 'browse' barang, kita boleh tinjau berdasarkan lokasi sekarang (current location). Juga boleh ditetapkan dalam lingkungan 1km dari kedudukan kita berada. Kadang-kadang bila keluar jalan-jalan, sesaja je 'browse' kut-kut jumpa barang terpakai yang berkaitan.
Selain tu, boleh buat tawaran dan 'chat' dengan penjual terus kat dalam aplikasi tu. 'Potential buyer' boleh mintak gambar lebih dan 'seller' boleh terus 'snap' gambar melalui 'chat' yang disediakan. Tak perlu sms atau Whatsapp secara asing.
Yang tak syoknya, bila 'seller' yang masukkan iklan, tapi bila kita 'chat' untuk maklumat lanjut, dia senyap saja. Ataupun tengah bincang, tetiba dia 'tag' dah 'sold'.
Selain tu, bila aku post barang yang nak di 'let go', terus ada yang masuk minta tawar. Padahal, aku letak harga ikut pada nilaian barang tu tanpa 'buffer' palsu khas untuk tawar menawar. Ini belum tengok lagi barang, terus mintak kurang. Patutnya datang tengok dulu, kalau ada cacat mana-mana, atau rasa 'over price', baru la 'nego'. Ini dah jadi 'trend', asal nak beli saja mesti tawar harga.
![]() |
Pre-loved elliptical trainers yang baru dibeli dengan harga RM150 melalui aplikasi Carousell |
Aku pun bila nak beli, tengok dulu barang, kalau puas hati dengan keadaan barang dan harganya aku terus bayar. Tak nak tawar-menawar sebab 'trend'.
Rasanya kebanyakan 'seller' barang pre-loved ni bukannya untuk untung, tapi lebih kepada untuk jimatkan ruang atau terdesak untuk 'cash'.
Terasa zalim lak bila tawar-menawar pada sesuatu barang yang memang dijual pada harga yang sepatutnya.
Comments
Post a Comment