Bermain Selari (parallel play) adalah perkembangan penting dalam kemahiran sosial kanak-kanak. Cara bermain selari ini bermula pada umur 3 tahun . Kanak-kanak akan bermain berhampiran atau seiring dengan kanak-kanak lain tetapi tidak/kurang berinteraksi antara satu sama lain. Nampak macam masing-masing dalam dunia sendiri. Masing-masing akan bermain secara sendirian, tapi pilihan permainan hampir sama (contoh; masing-masing bermain anak patung ; atau bermain dengan kereta hot wheels pada masa yang sama). Kalau diperhatikan dengan lebih teliti, terdapat pergerakan atau corak bermain yang sama antara mereka. Ini kerana, di dalam cara bermain selari ini, kanak-kanak akan meniru (mimic) cara kanak-kanak lain bermain. Walaupun nampak mereka tidak bermain sekali, tapi kalau ibu bapa cuba pisahkan tempat bermain, akan berlaku sedikit penentangan (sama ada dari perubahan emosi, riak muka atau bahasa badan). Bermain selari ini ini adalah titik perubahan at...
Comments
Post a Comment