Bulatan Tindakan (Circle of Action)
Lanjutan dari tulisan sebelum ni yang bertajuk Bulatan Kehidupan, tulisan kali ni bukan nak melobi mana-mana parti politik, cuma nak bagi contoh aplikasi Bulatan Tindakan (Circle of Action).
Sebagai pengundi atas pagar, aku tak menzahirkan sokongan aku pada mana-mana parti politik. Time mengundi saja aku pi pusat mengundi, pangkah dan balik . Itu saja. Kemudian tunggu je keputusan siapa yang jadi pemerintah dan siapa pembangkang. Cuma kebelakangan ni aku tertarik dengan kemeriahan kempen-kempen politik untuk PRU14. Sama ada yang pro-parti yang memerintah dan pro-parti yang mahu memerintah. Cukup meriah sekali kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tapi, kemeriahan ini tidak bermakna kalau tak diterjemahan dengan keputusan pilihraya yang akan datang.
Secara peribadi, semua aktiviti melobi atau mensabotaj mana-mana parti dan pemimpin politik ni sekadar berada di lingkungan Bulatan Pengaruh (Circle of Influence) pada kebanyakkan orang awam. Jadi apakah contoh aplikasi Bulatan Tindakan yang boleh individu lakukan untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya? Ini satu cadangan aku pada pihak-pihak yang berkepentingan;
Setakat bulan Mac 2017, seramai 3,772,149 orang masih belum daftar sebagai pemilih. Jadi aku cadangkan , dari hanya fokus pada melobi, berarak, berhimpun, menulis, bersembang politik di kedai kopi, apa kata pakat-pakat semak sama ada diri, pasangan, anak-anak , menantu/bakal menantu/calon menantu, ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan, 'so-called' penyokong perjuangan yang sama, pekerja anda yang cukup umur sudah mendaftar sebagai pemilih untuk PRU nanti.
- Tak susah pun, dapatkan nombor kad pengenalan masing-masing dan log masuk ke http://pengundi.spr.gov.my/;
- Kemudian masukkan nombor kad pengenalan ke dalam kotak yang disediakan;
- Kalau yang dah daftar, akan keluar maklumat pemilih yang disahkan;
- Atau yang baru mendaftar atau menukar alamat, akan keluar maklumat yang permohonan sedang diproses;
- Kalau yang belum daftar, akan keluar maklumat yang rekod tidak ditemui.
Dengan tindakan ini, boleh mengurangkan jumlah lebih dari 3 juta yang masih belum daftar sebagai pemilih dan mencerahkan lagi peluang parti yang anda sokong tu untuk mendapatkan lebih undi.
Rujuk laman sesawang SPR untuk cara mendaftar;
http://www.spr.gov.my/index.php/pendaftaran-pemilih1?layout=edit&id=15#cara-untuk-mendaftar
Satu lagi, pada yang dah memilih menetap di kota atau tempat selain dari kampung asal (atau yang jarang balik kampung macam aku), elok untuk tukar tempat mengundi ke tempat anda menetap sekarang. Selain dapat elakkan dari gagal pulang membuang undi, anda juga dapat elakkan dari berlaku 'zalim' pada penduduk tempat asal anda. Zalim sekiranya calon yang anda undi dan menang tidak menjalankan tanggungjawabnya selepas pilihanraya. Orang kampung juga yang rugi sedangkan kita dapat segala kelebihan dan kemudahan di tempat kita tinggal menetap.
Penat fikirkan isu-isu semasa? Tertekan dengan masalah? Kecewa dengan sesuatu keputusan? Pening memikirkan tindakan yang sesuai? Ini semua antara cara kita menghabiskan tenaga secara tak sedar. Juga punca ‘stress‘ yang kita tak sedar. Persoalannya berbaloikah kita salurkan tenaga untuk setiap perkara ni? Ini yang nak dibincangkan. Sebelum tu, aku nak kenalkan 3 bulatan dalam hidup; Bulatan […]
via Bulatan Kehidupan — Vicarious Learning
Comments
Post a Comment