Shadow Play
Anak-anak umur 1 tahun ke 7 tahun suka tiru perbuatan ibu bapa dan orang dewasa lain. Ini adalah normal dan merupakan penanda aras perkembangan kemahiran kognitif dan psikomotor yang sihat.
Perbuatan meniru ni juga sebenarnya adalah cara anak-anak bermain dan dipanggil 'shadow play'. Anak-anak belajar kemahiran berbahasa dan bersosial masa dalam 'shadow play' ni. Jangan rasa pelik dan marah pulak bila tengok anak-anak mengajuk perbuatan kita.
Masa ini amat kritikal untuk ibu bapa tunjukkan perbuatan dan sikap yang baik kerana ia akan mempengaruhi sikap dan perbuatan anak-anak sehingga dewasa. Bentuk tingkah laku, sikap dan tindakan yang baik.
Kalau anak-anak selalu tengok ibu berleter, tak jaga kebersihan & kekemasan rumah, selalu marah-marah, cakap kasar, kemudian tengok bapak yang suka lepak buang masa,mencarut, bermalasan, sentiasa tangguh kerja, berat tulang, hisap rokok....pasti akan memberi impak negatif pada tingkah laku, sikap dan tindakan anak-anak. Nauzu billahi min zalik (aku berlindung dengan Allah daripada perkara buruk tersebut). [Nota: teguran ini juga kena pada diri aku sendiri. Ada juga perkara negatif yang aku sendiri buat masa ni. Kalau ada benda negatif yang kita tunjukkan, minta maaf dan terangkan keburukan perkara tersebut, akui kelemahan diri dam 'commit' dengan anak-anak untuk ubah].
Berikut ada beberapa cadangan untuk ibu bapa untuk memberikan kesan positif pada tingkah laku, sikap dan tindakan anak-anak;
- Pupuk minat membaca anak-anak. Ibu bapa kena pupuk minat membaca. Baca buku setiap hari, satu dua mukasurat pun pun dah kira bagus sebagai permulaan. Tunjukkan pada anak-anak, jangan membaca buku secara sembunyi-sembunyi. Baca Whatsapp, FB dan media sosial yang lain tak dikira membaca dalam konteks ni.
- Jaga kesihatan & keselamatan. Anak-anak suka meniru, kalau kita lalai , boleh membahayakan diri. Contohnya, anak tengok ibu siang sayur, kalau dia tiru dengan pisau yang betul , risiko kecederaan tinggi. Begitu juga masa memasak, pastikan anak tak capai alatan yang panas etc. Pisau cukur sembunyi tempat tinggi, kalau sekadar cukur rambut jadi bertobek ok lagi. Buatnya terhiris kulit..... Rujuk 'link' untuk cara dan langkah mengatasi kemalangan domestik ini; https://my.theasianparent.com/kemalangan-yang-melibatkan-kanak-kanak-di-rumah-cara-dan-langkah-mengatasinya/
- Belai keluarga dengan penuh kasih sayang. Biar anak-anak tengok cara suami & isteri berinteraksi dengan baik, bapa bermain-main dengan anak-anak dengan girang, ibu layan dengan mesra.
- Suami sentiasa tolong isteri dengan kerja-kerja rumah. Jadikan anak lelaki 'associate'kan 'macho' itu ialah suami tolong sapu sampah, mop lantai, cuci pinggan dan lain-lain kerja rumah.
- Jaga bahasa dan adab bercakap. Jangan gunakan bahasa kesat, lucah/vulgar atau makian. Ini 'NO-NO' dalam rumah aku. 'Konfirm' kena cili kalau aku dengar.
- Selalu ajak anak-anak bersenam untuk kekalkan kecergasan. Cari satu sukan yang boleh dimainkan bersama. Ini akan memupuk minat anak untuk hidup aktif.
- Biasakan bawa anak-anak lelaki solat berjemaah di surau atau masjid. Biarlah dia main pun, cuma pesan jangan ganggu jemaah lain dah la. Ajak atau ajar mengaji Al-Quran sekali, bacakan terjemahan sekali. Pupuk anak-anak untuk fahami bacaan, bukan sekadar baca.
- Banyak perkara lagi yang boleh dijadikan contoh tingkah laku, sikap dan tindakan yang baik mengikut kehendak ibu bapa (dialu-alukan untuk tambah senaraikan di bahagian komen) .
Comments
Post a Comment