Posts

Jelajah Gua

Image
Sejak pulang dari aktiviti jelajah Gua Tempurung hujung minggu yang lalu (Ahad, 30 July 2017), anak-anak mula menunjukkan minat dengan ilmu geologi. Bentuk-bentuk haiwan, manusia dan objek-objek yang yang terbentuk dari formasi batu kapur (stalagmit, stalaktit dan tiang ), lukisan ' guano' (larutan tahi dan kencing kelawar) dan batu-batu marmar sememangnya menarik minat dan membuka ruang imaginasi kanak-kanak sepanjang 2.5 jam jelajah gua ini. Ada bentuk kucing, kepala lembu, ayam, rusa, gajah (atau ' mammot' pada pandang Mikhail), lelaki punjabi dewasa, tangan terjulur dari atas atas dinding gua, pancaran kristal di Golden Flowstone , lukisan wanita mencuci rambut, ' Casper the friendly ghost ' dan pelbagai bentuk lagi berdasarkan imaginasi kreatif masing-masing (macam Sofiah dan Muaz kata ada bentuk dugong, ikan lumba-lumba, ' Ultraman ', burung, bunga dan lain-lain). Tiupan angin di ' Wind Tunnel'  sememangnya menyamankan sampai anak-a...

Makan-makan raya

Image
Sebelum puasa hari tu, lecturer  Psikologi Pendidikan aku berani bet potong jari lepas saja  raya ni yang Pusat Perubatan UM akan dipenuhi pesakit akibat berlebihan makan. Sakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, jantung dan lain-lain. Jadi untuk menewaskan dia dalam   pertaruhan ni, ada acara yang aku nak kongsi. Caranya ialah dengan track  jumlah kalori yang diperlukan seharian, dan lebihan yang perlu dibakar. Boleh download  aplikasi myfitnesspal dalam smartphone  masing-masing untuk memudahkan untuk track  pengambilan kalori dan pembakaran kalori. Berdasarkan maklumat berat, tinggi dan sasaran berat, myfitnesspal akan kenalpasti jumlah kalori yang sesuai  untuk seseorang individu. Macam berat dan tinggi aku, dia set  pada 2190 kalori. Kemudian, masukkan maklumat makanan kat Add Food . Yang bagusnya aplikasi ni, dia ada banyak senarai makanan tempatan dan makanan perayaan dal...

VLI #5 CSR

Image
Mengajar anak-anak untuk berkhidmat pada masyarakat boleh dikatakan sebagai satu pelajaran yang penting dalam kehidupan. Ia memberikan self-actualization (kesedaran diri tentang makna kehidupan)  yang merupakan peringkat tertinggi dalam hierarki keperluan  Maslow.     Pupuk semangat berkhidmat pada masyarakat atau sense of community service dalam diri anak-anak .  Libatkan mereka dengan aktiviti yang mempunyai nilai khidmat  masyarakat. Tak perlu tunggu aktiviti skala besar, aktiviti seperti berikut boleh dilaksanakan secara sendiri; Semasa beriadah (di taman awam, jungle trekking etc), sediakan plastik sampah dan ajak anak-anak untuk memungut sampah yang dijumpai.  Sekiranya anda terlibat dalam aktiviti sukarela, bawa anak-anak sekali untuk mereka melihatnya sebagai role-modelling .  Tunjukkan sikap mendahului orang lain seperti memberikan golongan veteran untuk mengambil tempat anda dalam que .  Amalkan recycle untuk ...

The Missing Components

Image
Aku mulakan dengan disclaimer , ini bukan entry tentang falsafah agama, bukan kajian Al-Quran dan hadis kerana aku bukanlah seorang ustaz. Cuma seorang individu yang cuba untuk memahami essential kehidupan beragama pada zaman ini. 3 komponen agama yang jelas adalah Islam, Iman dan Ihsan . Secara ringkas, komponen Islam berkaitan ibadah khusus seperti mengakui keEsaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW,  solat, puasa, zakat dan haji (rujuk 5 Rukun Islam). Manakala komponen Iman berkaitan kepercayaan pada perkara ghaib (rujuk 6 Rukun Iman) . Komponen Ihsan pula berkaitan melakukan kebaikan setiap masa kerana yakin Allah sentiasa melihat kita (bukan hanya semasa beribadah saja). Secara peribadi aku rasakan bahawa umum menerima 3 komponen ini adalah tingkatan yang berbeza . Pemisahan dalam tahap pengibadatan yang berbeza i.e. seorang muslim (Islam) tidak semestinya mukmin (Iman) dan belum mencapai tahap mukhsin (Ihsan) sehinggalah seorang itu menyembah ...

Hormat

Image
Hormat menghormati, satu perkara yang perlu diajar dan dipupuk sejak kecil. Diperhatikan akhir-akhir ini agak kurang diamalkan, malangnya  ramai ingin dihormati, tetapi lupa untuk menghormati. Manusia lebih bersifat egosentrik (semuanya untuk diri sendiri saja).  Terlanggar bahu tak reti minta maaf, berat ucap terima kasih atas bantuan, sinis dalam menasihati, beri label negatif pada orang yang tak sehaluan, parking kereta halang laluan, main lepas cakap, buang sampah merata, tuntut hak orang/syarikat tanpa memenuhi pra-syarat, tak adil menilai isu, potong barisan, pijak kawasan tengah dimop makcik cleaner tanpa rasa bersalah, prejudis dan buruk sangka, lelaki tak angkat cover   seat tandas duduk masa kencing berdiri (terutama kalau tandas kongsi jantina)  , tak flush tandas, panjang lagi senarai ni cuma tak larat nak senaraikan semua.....  Ini yang dimaksudkan egosentrik, persoalan " what's in it for me " menjadi persoalan utama. Hak sendiri s...

Gold Standard?

Image
Video untuk renungan para cikgu sekolah ~  War on Boys Video kredit: PragerU Adakah anda turut meletak sikap pelajar perempuan sebagai gold standard kepada pelajar lelaki?  Current school treatment hanya akan mengurangkan lagi jumlah pelajar lelaki yg berjaya ke peringkat akademik seterusnya. Maka jadilah universiti tempatan ketandusan pelajar lelaki pada masa depan (fenomena yang sudah berlaku pada masa kini).  Renung-renungkanlah. Bersama mendidik generasi pemimpin masa hadapan. 

VLI#4 Checklist Perkembangan Minda

Image