The Missing Components
Aku mulakan dengan disclaimer, ini bukan entry tentang falsafah agama, bukan kajian Al-Quran dan hadis kerana aku bukanlah seorang ustaz. Cuma seorang individu yang cuba untuk memahami essential kehidupan beragama pada zaman ini.
3 komponen agama yang jelas adalah Islam, Iman dan Ihsan. Secara ringkas, komponen Islam berkaitan ibadah khusus seperti mengakui keEsaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, solat, puasa, zakat dan haji (rujuk 5 Rukun Islam). Manakala komponen Iman berkaitan kepercayaan pada perkara ghaib (rujuk 6 Rukun Iman) . Komponen Ihsan pula berkaitan melakukan kebaikan setiap masa kerana yakin Allah sentiasa melihat kita (bukan hanya semasa beribadah saja).
Secara peribadi aku rasakan bahawa umum menerima 3 komponen ini adalah tingkatan yang berbeza. Pemisahan dalam tahap pengibadatan yang berbeza i.e. seorang muslim (Islam) tidak semestinya mukmin (Iman) dan belum mencapai tahap mukhsin (Ihsan) sehinggalah seorang itu menyembah Allah dengan ibadah dengan penuh harapan seolah-olah dia melihat Allah sehingga sangat ingin sampai kepada-Nya. Persepsi hanya golongan tertentu, melalui amalan tertentu saja yang dapat mencapai tahap yang tertinggi ini adalah satu misconception. Ia bukan pemisahan tetapi ketiganya mempunyai hubungkait yang kuat dan saling melengkapi dan semua orang Islam perlu ada semua komponen ini.
Misconception ini boleh dilihat dengan melalui seseorang "agamawan" atau seorang yang mengaku Islam yang pandai hukum-hukum agama, sentiasa melakukan ibadah khusus, menguasai ritual agama tapi kasar dalam perbuatan dan tutur kata, egosentrik, gagal dalam hubungan sesama manusia dan makhluk yang lain. Seolah Allah hanya melihat sewaktu dia beribadah khusus saja. Contoh lain dan terkini, penyelewengan kuasa dan tuduhan rasuah pegawai agensi berkaitan agama, pukul pelajar sehingga akibatkan kematian, pengebom berani mati, kumpulan pengganas, kasar dengan kanak-kanak, kes dera dan buli, menipu dalam berniaga, imam kawasan yang tidak bercampur masyarakat, parking menghalang jalan waktu solat Jumaat dan lain-lain. Pernah seorang rakan yang berniaga menceritakan papan iklan kedainya sering menjadi mangsa vandalisma pelajar sekolah tahfiz dari tingkat atas. Pastinya komponen Islam dan Iman mereka-mereka ini tidak diragui. Tetapi di mana Ihsannya? Sekiranya tiada komponen Islam dan Iman dianggap kufur, munafik, musyrik dan pelbagai lagi label yang menggerunkan, bagaimana pula dengan mereka yang tidak Ihsan?
![]() |
Sumber Astro Awani |
![]() |
Sumber Utusan Malaysia |
Wallahu’alam bisshawab "(and Allah knows the right)"
Comments
Post a Comment