Makan-makan raya
Sebelum puasa hari tu, lecturer Psikologi Pendidikan aku berani bet potong jari lepas saja raya ni yang Pusat Perubatan UM akan dipenuhi pesakit akibat berlebihan makan. Sakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, jantung dan lain-lain. Jadi untuk menewaskan dia dalam pertaruhan ni, ada acara yang aku nak kongsi. Caranya ialah dengan track jumlah kalori yang diperlukan seharian, dan lebihan yang perlu dibakar. Boleh download aplikasi myfitnesspal dalam smartphone masing-masing untuk memudahkan untuk track pengambilan kalori dan pembakaran kalori.

Berdasarkan maklumat berat, tinggi dan sasaran berat, myfitnesspal akan kenalpasti jumlah kalori yang sesuai untuk seseorang individu. Macam berat dan tinggi aku, dia set pada 2190 kalori. Kemudian, masukkan maklumat makanan kat Add Food. Yang bagusnya aplikasi ni, dia ada banyak senarai makanan tempatan dan makanan perayaan dalam database dia macam contoh kat gambar;

Sah-sah aku dah over makan kalau ikut maklumat ni. Terlebih dalam 1,331 kalori. Kalau lebihan ni tak digunakan ia akan berkumpul sebagai lemak dan melebarkan badan. Kan merah bacaan -1331 kat myfitnesspal aku ni.

Jadi untuk membakar 1,332 kalori ni, kita kena buat aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti;

Boleh guna aplikasi macam Strava, Runtastic, Endomondo, Mapmyrun dan macam-macam lagi aplikasi yang ada kat Playstore.
2) Kemudian, buat aktiviti angkat berat selama 30 minit. Angkat berat boleh meningkatkan kadar metabolisma dan membantu pembakaran kalori dengan lebih baik. Tiga puluh minit angkat berat akan membakar kira-kira kira-kira 133 kalori bagi orang yang berat 80kg ++ atau 90 kalori bagi seseorang yang mempunyai berat 50kg ++.
Boleh guna aplikasi Skimble atau Sworkit untuk buat aktiviti weightlifting ni. Ada pelbagai program workout disediakan. Tekan je Do workout dan ikut paparan dia. Tak gaduh fikir daftar masuk gym, beli dumbell 2 biji dah macam-macam workout dah boleh buat.
3) Seterusnya, pastikan anda berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari (lebih kurang dalam 8km dalam sehari). Secara purata, manusia membakar 500 kalori bila berjalan 10,000 langkah.
Untuk track jumlah berjalan, jangan guna tasbih elektronik lak… jenuh nak petik setiap langkah. Kurang bijak dan nampak kurang siuman. Kalau ada modal, beli jam pedometer (merangkap jam, step counter, heart rate monitor, sleep tracker dan calorie counter). Mi Band 2 ni dah kira ok dah dengan harga yang sesuai dalam RM109. Kalau modal lebih, beli la yang jenama Fitbit. Lagi banyak fungsi yang dia ada.


Kalau tak nak beli, jam pedometer ni. Boleh install aplikasi macam Pacer ni. Dia akan kirakan langkah kita berjalan cuma agak kurang tepat bacaan dia.
Jadi bagi orang yg lingkungan 80kg, campur 3 aktiviti ni ( Berlari 733 kalori + Angkat berat 133 kalori + Jalan 10,000 langkah 500 kalori), dah berjaya bakar lebihan kalori sebanyak 1,366 kalori. Maka tiadalah lebihan kalori. Semua aplikasi dan jam pedometer (kecuali Skimble) yang aku kongsikan kat sini boleh di sync kan dengan myfitnesspal. Jadi bila dah selesai gunakan aplikasi berlari, weightlifting, pedometer, terus sync ke myfitnesspal untuk dia tolak jumlah kalori yang diambil dengan yang digunakan. Terus dapat bacaan hijau .

Bila bacaan dah hijau, bolehlah sambung menjamu selera dengan makanan-makanan raya yang seterusnya. Kalau ramai yang ikut langkah-langkah ni, besar kemungkinan akan ada seorang lecturer UM yang kudung jarinya selepas ni…hahahaha..
Aku gunakan langkah ni setiap hari selama 3 bulan untuk membiasakan diri. Lepas tu dah tak perlu guna aplikasi ni, dah boleh buat mental calculation untuk pengambilan dan penggunaan kalori dan berjaya turunkan 17kg berat badan dari tahun lepas.
Semoga Berjaya.
Comments
Post a Comment