VLI #5 CSR

Mengajar anak-anak untuk berkhidmat pada masyarakat boleh dikatakan sebagai satu pelajaran yang penting dalam kehidupan. Ia memberikan self-actualization (kesedaran diri tentang makna kehidupan) yang merupakan peringkat tertinggi dalam hierarki keperluan Maslow. Pupuk semangat berkhidmat pada masyarakat atau sense of community service dalam diri anak-anak.
Libatkan mereka dengan aktiviti yang mempunyai nilai khidmat masyarakat. Tak perlu tunggu aktiviti skala besar, aktiviti seperti berikut boleh dilaksanakan secara sendiri;
- Semasa beriadah (di taman awam, jungle trekking etc), sediakan plastik sampah dan ajak anak-anak untuk memungut sampah yang dijumpai.
- Sekiranya anda terlibat dalam aktiviti sukarela, bawa anak-anak sekali untuk mereka melihatnya sebagai role-modelling.
- Tunjukkan sikap mendahului orang lain seperti memberikan golongan veteran untuk mengambil tempat anda dalam que.
- Amalkan recycle untuk kepentingan kelestarian alam (anak-anak kumpul tin minuman dan letakkan kat pagar jiran yang kumpul tin untuk dijual dan isteri pastikan minyak masak yang telah digunakan disimpan dalam bekas untuk dihantar/dikutip oleh pengusaha biodiesel).
- Ringankan tangan untuk sedekah (kongsi makanan dengan kawan-kawan).
- Senyum dan gembirakan orang sekeliling.
- dan pelbagai lagi aktiviti, amalan dan perbuatan yang memberi manfaat pada sekeliling.

Jadikan sebagai rutin harian, bukan one-off kind of activity. Nak lagi bagus, jadikan ia sebagai priority setiap hari.
Menggalakkan anak-anak untuk berkhidmat pada masyarakat dan bantu menyedarkan kesan yang mereka boleh berikan pada dunia sekeliling mereka mungkin merupakan pelajaran TERPENTING yang kita sebagai ibu-bapa wariskan pada mereka.
Nota kaki ; semasa berkhidmat dengan beberapa syarikat multinasional, aku perhatikan aktiviti khidmat masyarakat melalui program CSR (Corporate Social Responsibilities) syarikat turut menggalakkan penglibatan ahli keluarga pekerja untuk turut serta. Selalunya, pekerja selain Melayu akan membawa pasangan, anak-anak, saudara atau kawan-kawan mereka untuk turut serta (ada juga yang datang dengan parent mereka) . Berbeza dengan majoriti pekerja Melayu yang datang berkhidmat seorang diri saja. Ini memerlukan perubahan sikap kerana kita perlu menjadi role model pada anak-anak sebelum meminta mereka untuk berkhidmat pada masyarakat.
Comments
Post a Comment