Nilai, Pusat Sukan Basikal

20170917_181447
Dengan adanya velodrome nasional di Nilai, Negeri Sembilan yang menyediakan platform sukan berbasikal di Malaysia, mungkin tepat kalau diadakan pembangunan menyeluruh sukan berbasikal di Nilai ini sendiri.

Trek velodrom  sepanjang 250 meter dan trek BMX yang disediakan, suasana jalan raya sekitar Nilai yang kurang sibuk untuk acara 'roadbike' pasti membantu pembangunan sukan berbasikal. Untuk melengkapkan lagi, acara 'cross country mountain bike' (XC MTB) juga sesuai dibangunkan di sini.

Terdapat banyak 'trail' untuk acara XC MTB sedia ada di sini. 'Trail' di sini mempunyai kelebihannya tersendiri kerana ia mempunyai pelbagai jenis permukaan. Ada laluan dengan permukaan batuan bukit, lintasan tengah tasik, laluan kebun getah, kebun sawit, 'single trail'  hutan sekunder, lintasan sungai kecil, dusun, jalan tarmac lama dan jalan kampung.


Laluan ini mempunyai 'elevation' yang berbeza dan menjanjikan pemandangan yang menarik. Naik turun bukit yang mampu dikayuh pasti menjadi tarikan pada pengayuh tahap 'beginner' dan 'intermediate'. Bahkan, satu laluan boleh disambung terus ke velodrom.


Selain itu, 'trail' mempunyai 'akses' yang dekat untuk keluar sekiranya ada kecemasan. Ia hampir dengan jalan raya, USIM, lebuhraya, Nilai Spring Hotel, kawasan perumahan dan perkampungan.


Gambar proses membuat 'trail'.

Malangnya, beberapa trail yang telah dibuat tidak boleh digunakan kerana;


  • Pembuangan sampah premis atau dari penganjuran acara jambori basikal lasak sebelum ini.

  • Kawasan diteroka untuk projek perumahan. 

  • Kawasan USIM yang telah dinaikkan pagar. 

  • Kawasan diduduki secara haram. 

  • Pembakaran hutan.

Diharapkan ada pihak berkenaan yang dapat membuka mata untuk meneroka idea ini untuk pembangunan sukan basikal negara. Idea ini juga dapat menambahkan  lagi aktiviti sukan lasak dalam senarai destinasi pelancongan Negeri Sembilan.

Presentation2

















Comments