Mentor
Masa mula-mula kerja dulu, ada seorang mentor yang berkongsi tentang kecekapan (desired competencies) yang amat diperlukan untuk menjadi aset pada syarikat dan berjaya dalam dunia korporat.
- Cekap mengurus diri (personal effectiveness) -sikap, disiplin diri, menguruskan masa, menetap matlamat dan merancang kerja.
- Cekap dengan proses - tidak terikat dengan keadaan atau status quo pada sesuatu masa. Fahami konsep dan aliran proses serta boleh kenalpasti kelemahan dan peluang penambahbaikan proses tersebut.
- Cekap dengan orang sekeliling - dapat berkomunikasi dengan baik, bina hubungan dan jaringan kerja (networking) dan kecerdasan emosional (emotional quotient, EQ).
- Cekap dengan nombor atau mahir analisa - dapat menetapkan sasaran, membuat tinjauan, mengawal bajet, statistik. Dapat memberi makna pada sesuatu angka.
Setelah lebih 10 tahun dibidang Sumber Manusia, aku amat menyokong apa yang disampaikan oleh mentor aku ni. Dari pemerhatian aku, pekerja yang hanya mahir dalam bidang pengkhususan masing-masing jarang berpeluang untuk meningkat naik dalam organisasi tanpa 4 kecekapan ini.
Nasihat peribadi aku pada mereka yang baru nak memulakan kerjaya, sentiasa cari ruang dan peluang untuk mahirkan diri dengan 4 kecekapan ini.
![]() |
Kerja pertama sebagai Pelatih Pengurusan (Management Trainee) bersama syarikat DHL Express Malaysia pada 2003. Gambar bersama 10 lagi rakan Pelatih Pengurusan semasa lawatan di Hub Logistik Asia di Singapura |
Comments
Post a Comment