Bulatan Kehidupan
Penat fikirkan isu-isu semasa? Tertekan dengan masalah? Kecewa dengan sesuatu keputusan? Pening memikirkan tindakan yang sesuai? Ini semua antara cara kita menghabiskan tenaga secara tak sedar. Juga punca 'stress' yang kita tak sedar. Persoalannya berbaloikah kita salurkan tenaga untuk setiap perkara ni? Ini yang nak dibincangkan.
Sebelum tu, aku nak kenalkan 3 bulatan dalam hidup;
- Bulatan Tindakan - sesuatu yang kita sendiri boleh ubah atau 'directly under our control'.
- Bulatan Pengaruh - sesuatu yang kita tak boleh ubah secara langsung, tapi kita boleh pengaruhi untuk berubah.
- Bulatan Luar Kawalan - sesuatu yang kita tak mampu ubah atau pengaruhi untuk berubah.
- Anak tak buat kerja sekolah, kita boleh pujuk dengan kata-kata atau insentif, tutup tv atau komputer sebagai penegahan atau bebelkan (aku serahkan pada bini). Ini dalam Bulatan Tindakan. Sama juga bila staff sendiri tak siapkan kerja.
- Bila staff jabatan lain yang tak siapkan, kita boleh bertindak dengan mempengaruhi 'boss' dia untuk menegur. Ini contoh Bulatan Pengaruh. 'Getting things done through others'.
- Masalahnya bila 'boss' sendiri atau 'boss kepada boss' yang tak buat kerja dia (sampai sangkut kerja kita). Paling kuat tindakan yang kita boleh buat ialah dengan mempengaruhi individu tersebut ataupun sesiapa yang lebih berkuasa. Tapi biasanya ia berada dilingkungan Bulatan Luar Kawalan. Kalau asyik fokus disini, ini yang jadi 'pecah pala mikir'. Habis begitu saja tenaga.
![]() |
Individu Produktif |
![]() |
Individu Tak Produktif |

Kalau tengok contoh diatas, apa yang ada di Bulatan Pengaruh dan Bulatan Luar Kawalan, sentiasa ada peluang untuk kita tukarkan atau cari ruang untuk jadikan ia berada di Bulatan Tindakan kita. Asalkan kita buka minda dan berlapang dada.
Penulisandan pandangan yg baik
ReplyDelete[…] dari tulisan sebelum ni yang bertajuk Bulatan Kehidupan, tulisan kali ni bukan nak melobi mana-mana parti politik, cuma nak bagi contoh aplikasi Bulatan […]
ReplyDelete