Belajar belajar
Aku graduat diploma dengan pointer sekadar 'cukup-cukup makan' saja. Selain dari lebih banyak main-main dari belajar, aku tak didedahkan dengan cara untuk belajar (alasan peribadi untuk menyedapkan hati). Kemudian masa amik degree, baru dapat belajar cara untuk belajar dari pensyarah Dr. Turiman Suandi, JPPPL, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. (sekarang dah Professor Dr. dah)
Teknik ni menggunakan akronim M.U.R.D.E.R
Terjemahan http://prpm.dbp.gov.my
Untuk bagi senang ingat, terjemahan MURDER ni membunuh. Kalau tak guna cara ni dalam belajar, macam membunuh peluang diri sendiri untuk belajar secara optimum.
Ini maksud bagi setiap akronim mengikut turutan; (tulisan italik warna kelabu ni adalah contoh cadangan aplikasi)
M - 'mood'/niat untuk belajar. Bila hadir kelas, pasang niat nak belajar. Kalau sekadar hadir, sukar untuk serap ilmu yang disampaikan. Jangan serabut-serabutkan minda masa dalam sesi pembelajaran.
U - 'understand'/fahami apa yang disampaikan. Tanya soalan sampai faham konsep, kaedah, teori dsb. Jangan fokus untuk salin nota semata-mata. 'Rephrase' dan catit nota ikut kefahaman diri (bukan salin bulat-bulat apa yang dipaparkan). 'Best use your own word'. Contoh mudah, bila belajar fotosintesis, cuba guna strategi 5W dan 1H; What (apa), When (bila), Where (mana), Why (kenapa), Who (apa/siapa) & How (bagaimana) untuk fahami fotosintesis.
R - 'recall'/ulang apa yang dipelajari sebaik habis kelas. Terbaik kalau boleh ulang kepada diri atau orang lain macam 'teach back session'. Kadar peratusan pengekalan atau 'retention' ilmu jangka pendek dalam minda bertambah tinggi bila diajarkan pada orang lain. Boleh je kalau nak ajarkan kepada pokok tu sendiri pasal proses fotosintes atau cara ia buat makanan ...tapi 'cover line' la, kang ada ingat masalah mental lak...
D - 'digest'/hadamkan ilmu tu dengan mengkaji sendiri maksud yang lebih mendalam . Ini dapat meningkatkan kadar peratusan pengekalan atau 'retention' ilmu jangka panjang dalam minda . Contohnya, fotosintesis ialah proses tumbuhan berdaun hijau (ada klorofil) hasilkan makanan dan tenaga biokimia dari matahari. Jadi macam mama pokok tanpa klorofil hasilkan makanan dan tenaga?
E - 'expand'/kembangkan ilmu tersebut untuk lebih mendalami. Contohnya ;kalau fotosintesis untuk pokok, bagaimana pula dengan haiwan? Atau kalau fotosintesis guna cahaya matahari, macam mana dengan kawasan tiada cahaya seperti dalam laut dll?
R - 'review'/ulangkaji ilmu ni terutama bila dekat dengan peperiksaan. Tapi bila dah amalkan yang 5 akronim terawal ni, langkah ulangkaji ni dah tak perlu sangat pun. Masa ni boleh digunakan untuk rehat atau 'kacau' orang lain yang sibuk 'study last minute'...
Aku masih banyak main-main juga masa degree,tapi dengan amalkan belajar cara M.U.R.D.E.R ni, berjaya dapat atas 'three pointer' setiap semester . Kepada pelajar, cubalah teknik ni dan sila beri maklumbalas sekiranya berkesan.
Comments
Post a Comment