Jelajah Gua



Selain memupuk kemahiran imaginasi, jelajah gua ni juga turut menyediakan ruang untuk anak-anak menghargai ilmu sejarah. Jurupandu gigih berkongsi fakta sejarah berkaitan dengan gua seperti kesan tinggalan komunis, gerakan tentera menghapuskan komunis dan peralatan membijih yang ditinggalkan.
Aktiviti fizikal memanjat tangga, menyelusuri , merangkak dan mengelongsor di sungai dalam gua memupuk kesedaran kecergasan fizikal dan minat aktiviti lasak. Anak-anak sememangnya tertunggu-tunggu peluang untuk pasang lampu suluh 'headlamp' masing-masing. Memang meriah bila masing-masing dah dapat 'green light' untuk 'on headlamps'. Aspek keselamatan memang dititikberatkan dengan pemakaian helmet (kalau ada modal lebih, sediakan 'helmet' yang sesuai dengan kanak-kanak sebab yang disediakan oleh penganjur adalah saiz dewasa).
(video credit to Zulmohamed)
Selain dari mengeratkan hubungan kekeluargaan ('bonding time' dengan anak-anak), banyak lagi nilai-nilai pembelajaran yang boleh diterapkan melalui aktiviti jelajah gua ini seperti;
- Tingkatkan daya imaginasi anak-anak. Layankan interpretasi anak-anak untuk galakkan mereka terus berimaginasi.
- Hargai kebersihan: bawak keluar semua botol air dan plastik makanan yang dibawa masuk.
- Membenci vandalism: Ada juga yang gatal tangan nak menulis kat dinding gua. Kurang sivik betul.
- 'Care for others': bantu orang lain untuk lepasi halangan macam tolong suluhkan laluan, bagi kata semangat dan ceriakan suasana.
- Hargai alam semulajadi: jangan ganggu proses pembentukan stalagmit, stalaktit dan tiang dengan menyentuhnya dengan tangan.
- dan lain-lain lagi.....

Boleh rujuk laman sesawang Ipoh Tourism untuk maklumat lanjut Gua Tempurung ini → http://www.ipoh-city.com/attraction/Gua_Tempurung/
😅plan adhoc je. Tak sempat nak war-warkan...
ReplyDeleteTak ajak!
ReplyDelete