Checklist Perkembangan Minda

Kita dah biasa dengan carta kesihatan dan perkembangan  bayi. Kalau kat klinik dan hospital, kad rekod kesihatan dan perkembangan kanak-kanak ini akan dibekalkan kepada ibu bapa selepas kelahiran bayi.

Tapi rekod ini hanya fokus pada kesihatan   dan perkembangan fizikal saja. Ia tak memberikan petunjuk kepada kesihatan dan perkembangan minda seseorang bayi dan kanak-kanak.

Kat sini aku nak kongsikan cara mudah untuk menilai tahap perkembangan minda kanak-kanak berdasarkan teori Perkembangan Minda oleh Jean Piaget. Perkembangan minda ini dinilai berdasarkan keupayaan kanak-kanak melakukan sesuatu atau menyelesaikan masalah dengan sendiri, berdasarkan sumber yang ada.

Checklist ini hanyalah sebagai indikator, jangan pucat kalau rasa usia anak tak sama dengan tahap yang sepatutnya. Mungkin ada sedikit faktor delay dalam memenuhi indikator yang diberikan. Kalau jauh sangat beza, boleh bawa jumpa anak jumpa pakar psikologi kanak-kanak untuk pendapat profesional.






Comments