Posts

Showing posts from August, 2017

Aset

Image
Ada 2 calon pekerja datang temuduga. keduanya mempunyai penampilan yang sama. Calon pertama; seorang yang mempunyai CGPA 4.0, sangat berpengetahuan luas (macam ensiklopedia bergerak). Semua soalan berkaitan dengan bidang dijawap penuh yakin. Tiada sebarang 'kecacatan' sepanjang temuduga. Calon kedua; seorang yang dapat keputusan akademik  sederhana, CGPA biasa-biasa saja. Ambil sedikit masa untuk ingatkan teori atau fakta untuk jawab soalan. Tapi tahap keyakinan sama dengan calon sebelumnya. Satu soalan ' standard ' yang ditanya kepada calon-calon ini ialah; berapakah tinggi bangunan 6 tingkat ini  (tempat temuduga berlangsung) dalam meter? Calon pertama menjawab  24 meter dengan yakin. Ini berdasarkan pencarian maklumat sebelum temuduga. (Contoh persediaan sebelum temuduga yang agak ekstrem). Calon kedua menjawab tidak tahu. Tapi meminta masa 30minit untuk dapatkan jawapan. Dia keluar bangunan, ukur bayang-bayang bangunan, kemudian bayan...

Bulatan Kehidupan

Image
Penat fikirkan isu-isu semasa? Tertekan dengan masalah? Kecewa dengan sesuatu keputusan? Pening memikirkan tindakan yang sesuai?  Ini semua antara cara kita menghabiskan tenaga secara tak sedar. Juga punca ' stress ' yang kita  tak sedar. Persoalannya berbaloikah kita salurkan tenaga untuk setiap perkara ni? Ini yang nak dibincangkan. Sebelum tu, aku nak kenalkan 3 bulatan dalam hidup; Bulatan Tindakan - sesuatu yang kita sendiri boleh ubah atau ' directly under our control '.  Bulatan Pengaruh - sesuatu yang kita tak boleh ubah secara langsung, tapi kita boleh pengaruhi untuk berubah.  Bulatan Luar Kawalan - sesuatu yang kita tak mampu ubah atau pengaruhi untuk berubah.  Contoh mudah; Anak tak buat kerja sekolah, kita boleh pujuk dengan kata-kata atau insentif,  tutup tv atau komputer sebagai penegahan atau bebelkan (aku serahkan pada bini). Ini dalam Bulatan Tindakan . Sama juga bila staff sendiri tak siapkan kerja.  Bil...

Belajar belajar

Image
Aku graduat diploma dengan pointer sekadar 'cukup-cukup makan'  saja. Selain dari lebih banyak main-main dari belajar, aku tak didedahkan dengan cara untuk belajar ( alasan peribadi untuk menyedapkan hati ). Kemudian masa amik degree, baru dapat belajar cara untuk belajar dari pensyarah Dr. Turiman Suandi, JPPPL, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. (sekarang dah Professor Dr. dah) Teknik ni menggunakan akronim M.U.R.D.E.R   Terjemahan http://prpm.dbp.gov.my Untuk bagi  senang ingat, terjemahan MURDER ni membunuh. Kalau tak guna cara ni dalam belajar, macam membunuh peluang diri sendiri untuk belajar secara optimum .   Ini maksud bagi setiap akronim mengikut turutan;  (tulisan italik warna kelabu ni  adalah contoh cadangan aplikasi) M - ' mood' /niat untuk belajar. Bila hadir kelas, pasang niat nak belajar. Kalau sekadar hadir, sukar untuk serap ilmu yang disampaikan. Jangan serabut-serabutkan minda masa dalam sesi pembelajaran.  ...

Mentor

Image
Masa mula-mula kerja dulu, ada seorang mentor  yang berkongsi tentang kecekapan ( desired competencies ) yang amat diperlukan untuk menjadi aset pada syarikat dan berjaya dalam dunia korporat.  Cekap mengurus diri ( personal effectiveness ) -sikap,  disiplin diri, menguruskan masa, menetap matlamat dan merancang kerja.  Cekap dengan proses - tidak terikat dengan keadaan atau status quo pada sesuatu masa. Fahami konsep dan aliran proses serta boleh kenalpasti kelemahan dan peluang penambahbaikan proses tersebut.  Cekap dengan orang sekeliling - dapat berkomunikasi dengan baik, bina hubungan dan jaringan kerja ( networking ) dan kecerdasan emosional ( emotional quotient, EQ ).  Cekap dengan nombor atau mahir analisa - dapat menetapkan sasaran, membuat tinjauan, mengawal bajet, statistik. Dapat memberi makna pada sesuatu angka.  Jadi, tidak kira bidang teknikal atau pengkhususan apa sekalipun, tanpa kecekapan diatas, individu terseb...