Kantin oh kantin


Entri kali ni berkaitan dengan sistem kantin di sekolah rendah yang aku perhatikan (dan alami sendiri dari masa sekolah lagi). Tak banyak beza dari dulu sampai sekarang dari segi fasiliti, transaksi dan tujuannya. Ia masih lagi sekadar tempat kanak-kanak membeli makanan dan minuman, tempat anak murid dan cikgu makan, tempat pengusaha kantin mencari rezeki. Kalau yang berbeza cuma dari segi harga dan kuantiti makanan dan minuman. Baru-baru ni pun tular berkenaan keluhan ibu yang melihat makanan kantin berharga RM2 untuk sedikit nasi putih dan sedikit sayur goreng.

where_to_invade_next_posterFilem terbaru Michael Moore,  Where To Invade Next yang ditayangkan Astro semalam membuka sudut pandang baru tentang peluang untuk kantin sekolah untuk menjadi wadah untuk pembelajaran sahsiah kanak-kanak.

Artikel kupasan rancangan tersebut ada disiarkan oleh blog Huffingtonpost.com, Michael Moore’s New Movie Nails School Lunch in France — On The Menu: Lamb, Endive, Lentils and Leeks

Melalui "French School Lunch Program" ni, bukan sahaja kanak-kanak dapat belajar tentang diet yang sihat, tapi dari cara perlaksanaannya, kanak-kanak turut belajar tentang adab di meja makan (table manners), menyantuni kawan-kawan (kanak-kanak membahagi makanan antara satu sama lain),  menghargai makanan tempatan dan memupuk minat pada seni masakan (culinary art). Patut la ramai top chef dari sana.

Kalau dipraktikkan di Malaysia, selain kebaikkan diatas, pasti banyak lagi kebaikkan dapat diperolehi oleh anak-anak seperti pemakanan sihat, kebajikan pada kanak-kanak dari keluarga kurang berada, perasaaan kesamarataan, saling mengenali budaya makanan (dengan menu yang merangkumi jenis makanan kesemua kaum di Malaysia), mengurangkan beban ibu menyediakan bekal dan pelbagai lagi.

Secara peribadi, aku akan undi mana-mana parti politik yang sanggup perjuangkan untuk program "French School Lunch" ni.

Comments

  1. Kat sini pengusaha kantin yg bagi harga paling rendah baru dapat operate kantin, kalau dah submit harga rendah, dah tentulah kualiti makanannya tak mantap.
    Pastu kat sana rasanya food for students kat sekolah peruntukan datang dari pemerintah dan diusahakan pemerintah directly.

    ReplyDelete

Post a Comment