Variasi dari 6 cara bermain
Variasi ini adalah cambahan dari 6 cara bermain yang dikongsi sebelum ini. Ia bukanlah cara bermain yang baru, cuma lebih kepada cara ia dimainkan (corak permainan). Contohnya;bermain bebas boleh dimainkan secara bermain sendirian, bermain sekutu ataupun bermain bersama/bersaing.
Sebenarnya variasi yang wujud adalah lebih dari apa yang ditulis disini. Cuma, pada pandangan peribadi, 5 variasi ini merupakan variasi yang mempunyai kelebihan yang lebih dalam menambah nilai (value adding) terhadap 6 cara bermain yang utama.
7)Bermain Bebas (Free play)
[Video contoh bermain bebas]
Bermain bebas atau bermain tanpa struktur adalah cara bermain tanpa memerlukan sebarang alatan permainan. Segala benda boleh dijadikan mainan. Periuk, buku, bakul baju, grill rumah, semuanya jadi mangsa. Walaupun kadang-kadang "menyusahkan", tapi permainan begini mengalakkan anak untuk menjadi lebih kreatif.
Bermain bebas atau bermain tanpa struktur adalah cara bermain tanpa memerlukan sebarang alatan permainan. Segala benda boleh dijadikan mainan. Periuk, buku, bakul baju, grill rumah, semuanya jadi mangsa. Walaupun kadang-kadang "menyusahkan", tapi permainan begini mengalakkan anak untuk menjadi lebih kreatif.
Mereka juga kurang bergantung kepada norma biasa dan mula berfikir diluar kotak (menjadikan anak tidak bergantung pada "template" untuk melakukan sesuatu). Ibu bapa harus galakkan anak untuk bermain begini.
8)Bermain Membina (Constructive play)

Bermain sebegini merangsang minda kreatif anak-anak. Berikan peralatan yang sesuai untuk anak-anak bermain dengan cara ini.
9)Bermain Susun/Teka (Puzzle/Riddle) play
Cara bermain untuk menyelesaikan masalah ini membantu kanak-kanak untuk berfikir logik . Ia merangsang kanak-kanak untuk befikir penyelesaian masalah. Berikan permaian yang berbentuk puzzle, susun atur, mainan mendidik (aducational toys) dan lain-lain yang sesuai dengan usia mereka.
10) Bermain Fizikal (Physical play)
Cara bermain ini lebih kepada permainan yang melibatkan pergerakan fizikal yang aktif. Aktiviti berlari, memanjat, bermain air dan sukan sukan lasak dikira sebagai bermain fizikal. Ringkasnya, permainan yamg mengeluarkan peluh. Bermain cara ini bagus untuk kesihatan dan pertumbuhan fizikal anak-anak.

11) Gamification
Ini adalah konsep terkini yang sesuai diaplikasi dalam aktiviti harian (terutamanya pembelajaran) anak-anak untuk menambah minat mereka belajar. Secara asasnya, gamification ialah menjadikan aktiviti yang biasanya dalam bentuk yang "bosan" kebentuk permainan. Ini merangsangkan anak-anak belajar. Aplikasi gamification ini adalah amat luas dan berpotensi tinggi untuk dimajukan lagi. Dalam situasi sekarang yang mana kanak-kanak kurang minat untuk bermain secara aktif dan berinteraksi secara sosial (lebih kepada video games, tablet dan lain-lain ), mungkin gamification adalah penyelesaiannya.
Rujuk laman website berikut untuk memahaminya dengan lebih lanjut;
All about gamification (dalam bahasa Melayu)
Turning Chore Time into Fun Time: Gamification in the Home ( dalam English)
[…] variasi dari 6 cara bermain […]
ReplyDelete