Posts

Showing posts from April, 2017

The Missing Components

Image
Aku mulakan dengan disclaimer , ini bukan entry tentang falsafah agama, bukan kajian Al-Quran dan hadis kerana aku bukanlah seorang ustaz. Cuma seorang individu yang cuba untuk memahami essential kehidupan beragama pada zaman ini. 3 komponen agama yang jelas adalah Islam, Iman dan Ihsan . Secara ringkas, komponen Islam berkaitan ibadah khusus seperti mengakui keEsaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW,  solat, puasa, zakat dan haji (rujuk 5 Rukun Islam). Manakala komponen Iman berkaitan kepercayaan pada perkara ghaib (rujuk 6 Rukun Iman) . Komponen Ihsan pula berkaitan melakukan kebaikan setiap masa kerana yakin Allah sentiasa melihat kita (bukan hanya semasa beribadah saja). Secara peribadi aku rasakan bahawa umum menerima 3 komponen ini adalah tingkatan yang berbeza . Pemisahan dalam tahap pengibadatan yang berbeza i.e. seorang muslim (Islam) tidak semestinya mukmin (Iman) dan belum mencapai tahap mukhsin (Ihsan) sehinggalah seorang itu menyembah ...

Hormat

Image
Hormat menghormati, satu perkara yang perlu diajar dan dipupuk sejak kecil. Diperhatikan akhir-akhir ini agak kurang diamalkan, malangnya  ramai ingin dihormati, tetapi lupa untuk menghormati. Manusia lebih bersifat egosentrik (semuanya untuk diri sendiri saja).  Terlanggar bahu tak reti minta maaf, berat ucap terima kasih atas bantuan, sinis dalam menasihati, beri label negatif pada orang yang tak sehaluan, parking kereta halang laluan, main lepas cakap, buang sampah merata, tuntut hak orang/syarikat tanpa memenuhi pra-syarat, tak adil menilai isu, potong barisan, pijak kawasan tengah dimop makcik cleaner tanpa rasa bersalah, prejudis dan buruk sangka, lelaki tak angkat cover   seat tandas duduk masa kencing berdiri (terutama kalau tandas kongsi jantina)  , tak flush tandas, panjang lagi senarai ni cuma tak larat nak senaraikan semua.....  Ini yang dimaksudkan egosentrik, persoalan " what's in it for me " menjadi persoalan utama. Hak sendiri s...

Gold Standard?

Image
Video untuk renungan para cikgu sekolah ~  War on Boys Video kredit: PragerU Adakah anda turut meletak sikap pelajar perempuan sebagai gold standard kepada pelajar lelaki?  Current school treatment hanya akan mengurangkan lagi jumlah pelajar lelaki yg berjaya ke peringkat akademik seterusnya. Maka jadilah universiti tempatan ketandusan pelajar lelaki pada masa depan (fenomena yang sudah berlaku pada masa kini).  Renung-renungkanlah. Bersama mendidik generasi pemimpin masa hadapan. 

VLI#4 Checklist Perkembangan Minda

Image

Checklist Perkembangan Minda

Image
Kita dah biasa dengan carta kesihatan dan perkembangan  bayi. Kalau kat klinik dan hospital, kad rekod kesihatan dan perkembangan kanak-kanak ini akan dibekalkan kepada ibu bapa selepas kelahiran bayi. Tapi rekod ini hanya fokus pada kesihatan   dan perkembangan fizikal saja. Ia tak memberikan petunjuk kepada kesihatan dan perkembangan minda seseorang bayi dan kanak-kanak. Kat sini aku nak kongsikan cara mudah untuk menilai tahap perkembangan minda kanak-kanak berdasarkan teori Perkembangan Minda oleh Jean Piaget . Perkembangan minda ini dinilai berdasarkan keupayaan kanak-kanak melakukan sesuatu atau menyelesaikan masalah dengan sendiri, berdasarkan sumber yang ada. Checklist ini hanyalah sebagai indikator, jangan pucat kalau rasa usia anak tak sama dengan tahap yang sepatutnya. Mungkin ada sedikit faktor delay dalam memenuhi indikator yang diberikan. Kalau jauh sangat beza, boleh bawa jumpa anak jumpa pakar psikologi kanak-kanak untuk pendapat profesional...