Posts

Showing posts from March, 2017

Tingkatkan Peluang

Image
Biasakan tengok orang beratur panjang kat stesen minyak untuk isi tank ? Ada masanya kita akan nampak hanya sebelah bahagian pam sahaja yang panjang queue , manakala bahagian satu lagi kosong saja…. Masing-masing beratur mengikut arah kedudukan tangki minyak masing-masing saja. Bermakna , sekiranya stesen minyak itu hanya ada 4 pam saja, kita telah menghadkan diri pada 4 peluang saja. Tetapi, Mereka yang lebih fleksibel, yang tidak kisah dari arah mana pun kedudukan tangki berada, akan berusaha untuk mencari jalan untuk membolehkan nozzle pam dimasukkan dalam mulut tangki. Mereka dapat 8 peluang iaitu 100% peningkatan dari peluang asal . Begitulah dalam kehidupan. Mereka yang lebih fleksibel akan lebih mendapat peluang berbanding mereka yang rigid , yang sentiasa befikir dalam kotak, atau merasa malu untuk mencuba sesuatu di luar kebiasaan. Ayuh! Tingkatkan peluang masing-masing. Disclaimer : jangan sampai tercabut getah nozzle dari pam dah la. Aku tak ...

VLI#3 Arahan

Image
Dua kanak-kanak yang bersahabat memanjat pokok dan bergayut di salah satu dahannya. Tiba-tiba datang angin kencang bertiup. Ibu kanak-kanak lelaki yang risaukan keselamatan anaknya menjerit "Jangan jatuh!!!" .. Dalam masa yang sama bapa kanak-kanak perempuan turut menjerit "Paut kuat-kuat! " ... Malangnya, kanak-kanak lelaki terjatuh. Tapi kanak-kanak perempuan masih bertahan di atas pokok.   Kenapa? Minda kanak-kanak (2-7 tahun) masih belajar memproses maklumat abstrak. Arahan"Jangan jatuh" menyebabkan kanak-kanak membayangkan dirinya jatuh. Manakala arahan "Paut kuat-kuat" memberikan maklumat jelas tindakan yang perlu dibuat. Aplikasi dalam kehidupan, bila ibu bapa bagi arahan pada anak-anak, jangan cepat menghukum anak "degil", "tak dengar kata", "lain disuruh, lain dibuat" kerana mungkin salah dari cara memberikan arahan. Pecahkan arahan kebentuk yang sesuai dengan pemahaman anak-ana...

Kisah Rama-Rama

Image
Satu terma baru yang aku belajar semester lepas adalah Good Intention Idiot (GI²) dari buku  Understanding and Caring for The H urt Child oleh Dr. Diana Lea Baranovich.  GI² ni berlaku bila seseorang tu buat sesuatu yang dirasakan baik, tetapi kesan yang terjadi adalah sebaliknya ( macam cerita kerbau yang tolong buaya tersepit tu). Dalam kehidupan harian GI² ni boleh berlaku bila ibu-bapa terlalu mengongkong anak atas alasan melindungi, cikgu yang sediakan jawapan/bantuan berlebihan, boss yang tidak menegur kelemahan anak buah dan pelbagai lagi. Jadi, marilah sama-sama befikir sebelum " menghulurkan bantuan " di masa hadapan..

Kantin oh kantin

Image
Entri kali ni berkaitan dengan sistem kantin di sekolah rendah yang aku perhatikan (dan alami sendiri dari masa sekolah lagi). Tak banyak beza dari dulu sampai sekarang dari segi fasiliti, transaksi dan tujuannya. Ia masih lagi sekadar tempat kanak-kanak membeli makanan dan minuman, tempat anak murid dan cikgu makan, tempat pengusaha kantin mencari rezeki. Kalau yang berbeza cuma dari segi harga dan kuantiti makanan dan minuman. Baru-baru ni pun tular berkenaan keluhan ibu yang melihat makanan kantin berharga RM2 untuk sedikit nasi putih dan sedikit sayur goreng. Filem terbaru Michael Moore,  Where To Invade Next yang ditayangkan Astro semalam membuka sudut pandang baru tentang peluang untuk kantin sekolah untuk menjadi wadah untuk pembelajaran sahsiah kanak-kanak. Artikel kupasan rancangan tersebut ada disiarkan oleh blog Huffingtonpost.com, Michael Moore’s New Movie Nails School Lunch in France — On The Menu: Lamb, Endive, Lentils and Leeks Melalui " French Sc...