Posts

Showing posts from July, 2017

Jelajah Gua

Image
Sejak pulang dari aktiviti jelajah Gua Tempurung hujung minggu yang lalu (Ahad, 30 July 2017), anak-anak mula menunjukkan minat dengan ilmu geologi. Bentuk-bentuk haiwan, manusia dan objek-objek yang yang terbentuk dari formasi batu kapur (stalagmit, stalaktit dan tiang ), lukisan ' guano' (larutan tahi dan kencing kelawar) dan batu-batu marmar sememangnya menarik minat dan membuka ruang imaginasi kanak-kanak sepanjang 2.5 jam jelajah gua ini. Ada bentuk kucing, kepala lembu, ayam, rusa, gajah (atau ' mammot' pada pandang Mikhail), lelaki punjabi dewasa, tangan terjulur dari atas atas dinding gua, pancaran kristal di Golden Flowstone , lukisan wanita mencuci rambut, ' Casper the friendly ghost ' dan pelbagai bentuk lagi berdasarkan imaginasi kreatif masing-masing (macam Sofiah dan Muaz kata ada bentuk dugong, ikan lumba-lumba, ' Ultraman ', burung, bunga dan lain-lain). Tiupan angin di ' Wind Tunnel'  sememangnya menyamankan sampai anak-a...