Makan-makan raya
Sebelum puasa hari tu, lecturer Psikologi Pendidikan aku berani bet potong jari lepas saja raya ni yang Pusat Perubatan UM akan dipenuhi pesakit akibat berlebihan makan. Sakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, jantung dan lain-lain. Jadi untuk menewaskan dia dalam pertaruhan ni, ada acara yang aku nak kongsi. Caranya ialah dengan track jumlah kalori yang diperlukan seharian, dan lebihan yang perlu dibakar. Boleh download aplikasi myfitnesspal dalam smartphone masing-masing untuk memudahkan untuk track pengambilan kalori dan pembakaran kalori. Berdasarkan maklumat berat, tinggi dan sasaran berat, myfitnesspal akan kenalpasti jumlah kalori yang sesuai untuk seseorang individu. Macam berat dan tinggi aku, dia set pada 2190 kalori. Kemudian, masukkan maklumat makanan kat Add Food . Yang bagusnya aplikasi ni, dia ada banyak senarai makanan tempatan dan makanan perayaan dal...