2)Bermain sendirian (solitary play)


Fasa bermain sendiri ni bermula dari umur 2 atau 3 tahun sampai la seterusnya.Bermain sendiri ni maksudnya bermain sendirian samada dengan alat permainan ataupun tanpa sebarang alatan (contohnya bermain dengan anggota jari, tangan dan lain-lain). Mereka akan dilihat terlalu asyik bermain sendirian (seolah-olah dalam dunianya sendiri) dan tak menyedari keadaan sekitar. Kanak-kanak bermain sendirian sebagai hiburan pada diri sendiri.


Pada peringkat awal, bermain sendiri  juga disebabkan masih belum membentuk kemahiran sosial. Bermain sendiri ni boleh jadi disebabkan alat permainan atau permainan tersebut adalah lebih sesuai dimainkan secara sendirian (contoh, rubic cube atau  yoyo etc.) ataupun kerana kanak-kanak tersebut hanya mahukan masa untuk bersendirian.

Tapi pada peringkat umur seterusnya, kekerapan bermain sendiri ini juga mungkin menunjukkan tahap malu bergaul ataupun disebabkan penolakan dari rakan sebaya (peer rejection). Jadi, ibu bapa kena buat sesuatu untuk membantu kanak-kanak tersebut.


Pakar psikologi turut mengunakan teknik memerhatikan kanak-kanak "bermain sendiri"  untuk mengenalpasti keadaan psikologi kanak-kanak tersebut. Selalunya, kanak-kanak akan meluahkan perasaannya (expression of feeling) dan "menghidupkan kembali" babak kejadian yang diperhatikannya dalam interpretasinya sendiri ketika bermain. Contohnya; Kanak-kanak yang melihat ibunya melayan tetamu dengan baik akan "mengadakan sesi minum petang yang ceria dengan anak patungnya". Manakala anak yang menyaksikan pergaduhan ibu bapa akan bersikap agresif dengan mainannya.

Jadi, ibu bapa pun dapat mengambil manafaat dengan meluangkan masa untuk memerhatikan tema yang dimainkan oleh  anak ketika bermain sendiri.

Ibu-bapa dapat memaksimakan pembelajaran dengan;

1) Sekiranya merasakan anak bermain dengan cara yang kasar, cuba tanya dia ikut contoh mana (mungkin dapat dari rumah pengasuh, pusat jagaan, rancangan media yang ditonton oleh orang yang lebih dewasa ataupun dari sikap ibu bapa sendiri etc). Beritahu anak yang cara tersebut tidak betul dan tunjukkan/beritahu cara yang sepatutnya.
[Nota: Cuba kenalpasti punca dan ambil tindakan sewajarnya sebelum terlambat. kalau anak suka tengking-tengking pada anak patungnya, muhasabah diri, adakah dicontohi dari cara ibu bapa berinteraksi].

2) Permainan anak patung, meja solek, set dapur dan set minum petang,   dan permainan kenderaan (lori, kereta dll) adalah penting untuk anak "mengekspresikan perasaan" dengan keadaan yang mereka biasa lihat dan alami.  Mereka akan "menghidupkan kembali" babak kehidupan melalui interpretasi mereka sendiri. Ini bagus untuk mereka mengawal emosi sendiri. Jangan risaukan sekiranya anak lelaki bermain barbie doll atau anak perempuan bermain patung askar atau kereta. Kanak-kanak memerlukan kepelbagaian dalam permainan untuk belajar mengenali dunia. Ia  tidak mempunyai kesan pada tahap maskulin atau feminin seseorang selepas dewasa.

3) Sediakan alat permainan yang merangsang minda anak-anak seperti "building block" macam Lego, permainan susun atur,  jigsaw puzzle yang mudah-mudah. Ini akan merangsang perkembangan minda mereka.

4) Permainan berasaskan seni seperti pewarna, playdoh dan lain-lain akan meransang perkembangan minda kreatif mereka. Rujuk laman sesawang ni untuk aktiviti seni yang sesuai http://www.kidspot.com.au

5) Biarkan kalau anak-anak mengunakan perkakasan harian seperti kuali, buku atau apa sahaja yang tidak merbahaya sebagai mainan. Sekitar umur ini, semua benda dianggap mainan oleh anak-anak. Makanan pun tak terlepas dari dijadikan permainan. Kajian mendapati, kanak-kanak yang suka bermain dengan makanan akan lebih cepat belajar perkataan berkaitan dengan makanan dan juga akan lebih terbuka dalam mencuba benda baru dan kurang memilih jenih makanan ( less picky eater).


Comments

  1. […] jenis cara bermain Parten (Parten’s 6 type of play); 1)Bermain Sibuk (preoccupied play) 2)Bermain Sendirian (solitary play) 3)Bermain Tonton (onlooker play) 4)BermainSelari (parallel play) 5)Bermain  Sekutu (associative […]

    ReplyDelete

Post a Comment