Posts

Showing posts from January, 2017

3)Bermain Tonton (onlooker play)

Image
Berbeza dengan  cara Bermain sendirian (solitary play),  Bermain Tonton (onlooker play) ialah apabila kanak-kanak menonton orang lain bermain tapi tak masuk bermain sekali. Interaksi antara kanak-kanak tersebut dengan orang sekeliling berlaku bila kanak-kanak tersebut ingin mengetahui tentang permainan tersebut. Cara bermain ini mula berkembang di julat umur 2 setengah tahun dan seterusnya (apabila kita menonton perlawanan bola dan menunjukkan minat pada perlawanan tersebut, turut dikira sebagai  Bermain Tonton). Perkara utama yang membezakan antara  Bermain sendirian dan Bermain Tonton ialah minat yang yang aktif terhadap permainan yang dimainkan oleh orang lain, bukan oleh kanak-kanak tersebut.   Bermain Tonton ini adalah langkah penting dalam perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak. Ia membuka peluang untuk kanak-kanak untuk belajar dan menyediakan diri (secara mental) untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. Walaupun tidak berinter...

2)Bermain sendirian (solitary play)

Image
Fasa bermain sendiri ni bermula dari umur 2 atau 3 tahun sampai la seterusnya.Bermain sendiri ni maksudnya bermain sendirian samada dengan alat permainan ataupun tanpa sebarang alatan (contohnya bermain dengan anggota jari, tangan dan lain-lain). Mereka akan dilihat terlalu asyik bermain sendirian (seolah-olah dalam dunianya sendiri) dan tak menyedari keadaan sekitar. Kanak-kanak bermain sendirian sebagai hiburan pada diri sendiri. Pada peringkat awal, bermain sendiri  juga disebabkan masih belum membentuk kemahiran sosial. Bermain sendiri ni boleh jadi disebabkan alat permainan atau permainan tersebut adalah lebih sesuai dimainkan secara sendirian (contoh, rubic cube atau  yoyo etc.) ataupun kerana kanak-kanak tersebut hanya mahukan masa untuk bersendirian. Tapi pada peringkat umur seterusnya, kekerapan bermain sendiri ini juga mungkin menunjukkan tahap malu bergaul ataupun disebabkan penolakan dari rakan sebaya (peer rejection). Jadi, ibu bapa kena bu...

1)Bermain Sibuk (preoccupied play)

Image
Sekali imbas, nampak macam pergerakan reflek tanpa koordinasi  bayi diusia 0-2 tahun. Tapi sebenarnya pergerakan ini sebenarnya adalah cara bayi bermain ini menyediakan diri untuk perkembangan seterusnya. Pergerakan tangan , kaki,  mulut dan mata ini sebenarnya adalah eksplorasi bayi kepada tubuh badan (psikomotor) dan juga deria-deria yang lain seperti deria lihat, bau, dengar, rasa dan sentuh. Bayi juga diusia 0-3 bulan belum dapat mengkoordinasikan pergerakan mata dan tangan; serta masih belajar menggunakan mata untuk melihat. 3 bulan pertama kelahiran, bayi hanya buleh melihat dalam jarak dekat (8-12 kaki) saja, dan hanya melihat dalam spketrum warna hitam, putih dan kelabu. Apa saja yang dicapai, akan dimasukkan kedalam mulut. Ibu-bapa dapat memaksimakan pembelajaran dengan; 1) Memberi ruang pergerakan. Benarkan bayi mengerakkan anggota badannya semaksima mungkin. Rangsang deria rasa dengan melakukan urutan dan sentuhan lembut. Penting! Pastikan saiz ...

Perkembangan minda anak-anak

Image
Anak-anak perlu digalakkan bermain. Bermain adalah cara utama kanak-kanak belajar untuk perkembangan minda. Play is a serious matter .  Tujuan posting ini adalah untuk merayu ibu bapa untuk mengalakkan anak-anak bermain untuk perkembangan minda. Aku seorang penyokong kanak-kanak bermain di awal usia ( advocate for play in early childhood settings ). Walau bagaimanapun, ibu bapa kena tahu cara bermain bersesuaian dengan umur ( age appropriate )  untuk membantu memaksimakan kesan pembelajaran pada anak-anak kita. Melalui siri "Perkembangan minda anak-anak" ni, aku akan kongsikan serba sikit tentang jenis cara bermain, umur yang sesuai, kepentingannya,   cara ia dimainkan, alat permainan yang sesuai dan peranan ibu bapa untuk memaksimakan pembelajaran. Dengan memerhatikan cara anak bermain, kita dapat mengenalpasti sama ada anak kita melalu fasa pembesaran secara normal atau terkebelakang ( delayed progress ). Kalau yang terbelakang...